Pages

PISANG oh PISANG





Bagi yang belajar diet,mungkin lebih expert pasal kelebihan buah-buahan nie…Subhanallah, Buah-buah ni dah dijelaskan tentang kelebihannye pada kesihatan manusia di dalam al_quran semenjak zaman dahulu lagi sebelum pengkaji-pengkaji BARAT jumpe…Untungnye kite jadi org ISLAM..

Antara buah-buahan di dalam Al-Quran ini dari sudut sains zaman moden terbukti mempunyai kesan pencegahan ke ats macam-macam penyakit. Dahla berkhasiat sedap plak tu…(ALHAMDULILLAH)…

Allah cipta pelbagai buah dan setiap satunye rasa dan bau yang berbeza-beza(Pernah ke sahabat-sahabat jumpa buah yang sama bentuk dan rasa, rasenye x pernah kan?) walaupun ia tumbuh dari tanah yang sama dan diairi dengan air yang sama.Hmmm…MasyaAllah.

Firman Allah:

'Dan DIA yang menurunkan air hujan dari awan,lalu kami tumbuhkan kerananya segala jenis tanam-tanaman.Kami tumbuhkan di antaranya tanaman yang menghijau(daunnya),kami keluarkan daripadanya buah-buahan ynag bersusun-susun;dari pohon kurma,iaitu dari mayangnya mengurai tangkai-tangkai yang menjulai,dan kebun-kebun anggur,zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa.Perhatikanlah buahnya ketika berbuah dan masaknya.Sesungguhnya di dalam hal yng demikian itu dapat menjadi keterangan-keternagan bagi kaum yang beriman.' (Surah Al-An’am:ayat 99)

Jom kita tengok buah apa yang disebut kelebihannya di dalam al-QURAN dan serba sedikit huraian..


PISANG

Hari ni kalau pergi market kita bleh dapat pelbagai jenis pisang.Ada pisang tanduk,pisang emas, pisang wak n etc.Semua nye di gelar pisang tapi pelbagai rupa rasa dan bentuk..Subhanallah. Pisang di sebut dalam Al-Quran sebagai BUAH DI DALAM SYURGA..Hebat kan ALLAH kita? Dalilnya…

'Diantara pohon-pohon bidara yang tiada berduri. Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya). Dan naungan(bayangan teduh)yang terbentang luas.Dan air yang memancar terus.Dan buah-buahan yang cukup banyak.Tiada putus-putusnya dan tiada larangan. '(surah Al-waqiah; ayat 28-33)

Khasiat pisang:

1)mengandungi air (75%), protein (1.3%) dan lemak(0.6%).

2)ade zat karbohidarat,potassium atau kalium yg agak banyak.

3) membantu rawat macam-macam penyakit seperti demam,masalah penghadaman,kekejangan dan kesakitan otot.

4)membantu menurunkan paras tekanan darah dan merawat alahan.

5)Potassium dan Sodium menggalakkkan perkembangan sel dan otot.

6)Lancarkan keseimbngan air dan degupan jantung

7)Kaya dengan vitamin B6,mainkan peranan penting dalam cetuskan tindak balas protein dan asid amino

8)Tolong normalkan fungsi otak

9)Menggalakkan pengeluaran sel darah merah

10)Karbohidrat di dalamnya berfungsi sebagai enzim bantu dalam proses metabolisme lemak dan protein.



Sesungguhnye pencipta makhluk jenis manusia ini telah menciptakan buah yang bermanfaat ini. Allah dah cipta kepada manusia segala-galanya yang kita mahu dan perlukan..sesungguhnya dia Maha Mengetahui dan Maha bijaksana.

Allah dah beri amaran supaya janganlah kita menjadi di kalangan mereka yang tidak bersyukur.Firmannya:

'Dan Dia yang memberikan sebahagian dari apa yang kamu minta. Dan kalau kamu hiting ni’mat Allah itu, nescaya tidak dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat meningkari
(ni’mat Allah) '(Surah Ibrahim; Ayat 34)



Wallahu’alam..dilain kesempatan kita bincang pasal buah lain plak….

SUMBER: Keindahan hidup di dalam Al-Quran, Pengarang:HARUN YAHYA…





0 comments:

Post a Comment