Pages

peringatan buat diriku yang seringkali lupa...Huhu



Assalamualaikum...apa khabar sahabat-shabat semua? moga-moga semua daripada kita diberkati hidup oleh ALLAH...

Alhamdulillah, kebelakangan ni banyak hari-hari bersejarah yang berlaku dalam hidup..bila fikir-fikir balik pelbagai nikmat yang ALLAH bagi FREE...tapi diri ni tetap juga selalu Lupa dan lalai dengan nikmat 2...pagi ingat petang lupa...siang ingat malam lupa astaghfirullahal azim...

13 dan 14 november lepas abang dan kakak ipar selamat diijabkabul...erbina lagi sebuah keluarga muslim..InsyaALLAH..dimana salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan api menjadi kekuatan bagi umat nabi ADAM untuk melahirkan lebih ramai insan-insan yang bertaqwa di atas muka bumi ini...19 Nov pula kakak senior yang sama-sama musafir di negeri kedah ni dah selamat bergelar ISTERI orang..hehe..Tahniah diucapkan kepada kak hani dan ameer fizi...moga kalian sama-sam bahagia hingga ke syurga..

Yang bestnye bila berkawan dengan orang yang dah kawin macam kak hani ni macam-macam la tips yang diberi buat orang yang tak kawin lagi ni...isk..isk...isk... TQ@syukran kak hani untuk artikel yang dikongsi pada 11.45 malam semalam dalam sesi usrah sempoi kami (usrah UBM...bak kata suami kak hani)..hehe..sangat la zupppp ke dalam hati...suka...suka...

Jadi, ana nak la kongsi plak dengan sahabat-sahabat diluar sna...moga kita sama-sama beroleh manfaat dan iktibar darinya....INDAH betul ayat-ayat dalam artikel ni...Peringatan buat diriku yang seringkali LUPA>>>huk...huk..

Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.

Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.
Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.
Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya
Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.

Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

moga kita sama-sama diingatkan...wallahualam

UMAT ISLAM SEMAKIN LUPA UNTUK BERDOA...


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi... "umat Islam semakin lupa untuk berdoa". Topik yang dibincangkan oleh seorang ustaz yang hadir dalam kuliah Jumaat di Alor star 2 minngu lepas.. Syukur  kerana diizinkan oleh ALlah untuk bertemu dalam satu majlis dengan ulama ini..Al habib Saiyid Kazim Al_Sagoff..(ulama dari Yaman) Kebelakangan ni memang ramai ulama datang ke Kedah..Minggu lepas dalam kuliah yang sama Syeikh Ibrahim salah seorang keturunan dari Rasulullah hadir di dewan Mentaloon merasmikan maahad tahfiz darul Hadith Yayasan PAksi.... Moga negeri Kedah ni diberkahi oleh ALLAH..(even Bil air naik)...

RAJIN KEMBALI.....

Assalamualaikum wbt…



Lama benar rasanya jari jemari ini tidak menaip mengisi BLOG ni dengan artikel dan pengisian.. Kesibukan urusan pekerjaan membataskan waktu yang pastinya lebih sedikit berbanding urusan yang ada…Tapi kadang-kadang takde urusan, idea plak tak nak datang…Huhu…Moga kerajinan, idea dan masa yang datang dan ada hari ini dapat di manfaatkan untuk mewarnai blog kesayangan ini…

PENGALAMAN MANIS BERSAMA SHOUTUL HARAKAH...

        Assalamualaikum wbt…malam khamis lepas Alhamdulillah Allah hadirkan satu pengalaman yang best sepanjang setahun 2 bulan duduk kat Kedah ni…Pada mulanya memang tak expect yang program ni adalah konsert. Kami(saya, x-housemate, dan kak badariah) pergi dengan mind set bahawa program ni adalh ceramah berkaitan isu PALESTIN yang serius sekarang ni…Tup2 bila sampai kat dewan Kolej Universiti Insaniah 2, rupa-rupanya 80% dari program adalah konsert…Yang menambahkan best lagi konsert tu adalah KONSERT KUMPULAN SHOUTUL HARAKAH dari INDONESIA…GROUP ni memang terkanal dengan lagu-lagu yang memberi semangat…contohnye…ISLAMI YA QUDS, BINGKAI KEHIDUPAN, GELOMBANG KEADILAN n etc…



Program dimulakan dengan penyampaian kata-kata semangat dai YB Ir PAhrolrazi dan puisi kesat air mata Gaza…lepas 2 dewan terus bergema dengan lagu-lagu bersemangat dari KUMPULAN SHOUTUL HARAKAH…FIRST time bertemu dengan kumpulan ni…sebelum ni tengok kat video je…Actually bila ahli kumpulan ni masuk dewan ingat kan audio man @ crew sebab pakaian diorang memang sempoi jika nak dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia…Tapi kualiti lagu memang tak dapat nak disangkal lagi…ADik-adik dari KUIN ni pun, memang bersemangat…Seronok bila tengok generasi-generasi muda ni terpikat dengan lagu-lagu ni…Harapnya semangat mereka tok ISLAM pun sama macam semnagat diorang bila dengar lagu-lagu SHOUTUL HARAKAH ni..walaupun hakikatnya lebih ramai generasi muda yang hadir dalam konsert MENTOR atau AF,,,KOnsert tamat jam 11.30 lebih..tapi memang PUAS…walaupun agenda asal dalam fikiran adalah lain…Terima Kasih ALLAH!!!!! Terima KAsih KEDAH!!!!!

KUIZ waNIta SejATi...JOM cuba

1.    Apa yang lebih anda gemari?
(a)warna
(b) bentuk @ corak
(c) bunyian

2. Apakah erti perkenalan @ pandangan kali pertama pada anda?
(a) tak seberapa
(b) ada juga
(c) sangat bererti

3. Apa yang anda inginkan dalam hidup?
(a) selesa & aman
(b) seseorang @ sesuatu yang boleh anda sayangi
(c) peluang untuk memuaskan diri anda

4. Secara amnya, anda lebih sukakan?
(a) makanan panas
(b) makanan sejuk
(c) makan di mana-mana saja
(d) makanan ringkas

5. Yang mana satu anda lebih suka lihat?
(a) anak kecil
(b) bayi
(c) orang tua
(d) orang biasa

6. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak lelaki?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

7. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak perempuan?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

8. Adakah anda ingin?
(a) cantik
(b) menarik
(c) pandai
(d) mahir dalam serba-serbi

9. Kalau anda diberi peluang, anda mahu?
(a) balajar main golf
(b) mereka fesyen
(c) belajar bahasa asing
(d) membuat kerja kebajikan

10. Dalam perhubungan peribadi, anda percayakan?
(a) ada penerima dan pemberi
(b) kemesraan
(c) persahabatan
(d) peluang berkongsi kebahagiaan

MARKAH

1. (a) 10 (b) 7 (c) 5

2. (a) 3 (b) 8 (c) 10

3. (a) 6 (b) 10 (c) 5

4. (a) 10 (b) 7 (c) 4 (d) 2

5. (a) 9 (b) 10 (c) 8 (d) 6

6. (a)7 (b) 10 (c) 5 (d) 5

7. (a) 7 (b) 10 (c) 5 (d) 5

8. (a) 8 (b) 10 (c) 4 (d) 6

9. (a) 4 (b) 10 (c) 5 (d) 8

10. (a) 6 (b) 10 (c) 5 (d) 8

85-100

Sekiranya anda merasakan diri anda seorang wanita sejati, memang benar! Sesungguhnya anda adalah seorang wanita yang disanjungi, wanita dalam erti kata yang sebenar. Seorang ibu,isteri, teman, dan kawan yang penyayang.

55-84

Anda masih seorang wanita sejati dalam semua bidang. Jangan risau jika anda belum mencapai taraf wanita sejati yang sebenar. Semua orang tidak 100% sempurna, Apa yang anda lakukan dan rasa adalah lebih penting daripada markah!

45-54

Mungkin anda tiada potongan untuk menjadi seorang wanita sejati. Jika anda boleh menerima kenyataan ini, maka hidup anda tentu akan lebih bermakna.
Sahabiah yang dikasihi sekalian, berapa markah yang kalian dapat?!

Ujian di atas cuma untuk menilai diri dan mengenali diri kita dengan lebih dekat. Kadangkala kita selalu perhatikan orang sedangkan kita sendiri tidak kenal diri kita yang sebenar. Sesekali cubalah muhasabah diri dengan bertanya pada kawan yang rapat. Ingat! Sahabat sejati bukanlah seseorang yang selalu membenarkan kata-katamu, tetapi mereka yang selalu berkata benar kepadamu. Terimalah kebenaran.

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.


KISAH PENDAKWAH DARI SABAH....

Siri pertama: JUMAAT YANG BERMAKNA>>>KISAH PENDAKWAH DARI SABAH>>>>



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah syukur kepada Allah jumaat semalam berpeluang untuk ke Menara Zakat seperti kebiasaan jumaat-jumaat yang lain…Alhamdulillah juga kuliah semalam berbeza dengan kuliah-kuliah sebelumnya n rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk berada dalam majlis tersebut…Kebetulan pulak nak ditakdirkan hari ni lepas ‘bank in’ duit dalam bank untuk mak, sampai awal plak dalam dewan menara zakat.. dapatlah seat dekat area depan sikit…hehe kebiasaannya seat belakang..

Kuliah semalam berakhir jam 12.oo tghri, tak seperti kebiasaan brmula jam 9 hingga 11 pg. Tp disebabkan ada 2 tetamu khas yang dibawa menyebabkan jumlah penceramah yang hadir adalah 3 orang…sorang ustaz 1 jam…tp 3 jam tersebut memang penuh makna isinya…

Terasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat isi-isi ceramah supaya kita sama-sama dapat manfaat dan ambil iktibar.

Isi ceramah 2 tetamu khas yang dibawa semalam boleh dikatakan memang menarik minat audiens yang sebelum tu agak layu n kuyu matanya…maklumlah yang hadir ramai suri rumah…mngkin agak letih dengan urusan di rumah.

        Tetamu khas yang pertama adalah Ustaz yang di bawa khas dari pedalaman SABAh.. Sedikit ta’ruf Ustaz ni..Panggilan ustaz ni adalah IMAM ALI JEUS AGUS…usia 48 tahun…Berbangsa Murut. Menariknya Ustaz ni merupakan bangsa murut yang pertama pandai membaca Al-Quran.Ustaz ni hadir ke Kedah untuk hantar anak beliau masuk ke UITM. Sementara sampai ke semenanjung ni beliau di panggil untuk berkongsi pengalaman beliau berdakwah di pedalaman SABAH.

         Ustaz lahir pada 1962, waktu tu sabah n Sarawak masih belum merdeka. Masyarakat pada waktu tu walaupun kebanyakannnya adalah muslim tapi hanya pada nama. Amalan masih terikat dengan adat..Anak-anak kecil tak dibenarkan untuk pergi ke kelas mengaji… dan pada waktu tersebut di kampung ustaz terdapat 1 masjid berbanding 70 gereja…3-5 orang pendakwah Islam berbanding 100 pendakyah kristian…Pada waktu tersebut juga kerajaan di sabah n Sarawak masih berkira-kira untuk menetapkan agama rasmi di sana kerana kewujudan pelbagai kepercayaan sehingga mereka mengeluarkan kenyataan agama rasmi akan ditentukan berdasarkan penganut agama mana yang paling banyak. Ustaz meneruskan pengajian di Kelantan sehingga usia 18 tahun di bawa oleh menteri pada waktu tersebut yang terkesan dengan kebolehan satu-satunya bangsa Murut yang boleh membaca Al-quran…Namun, dalam usaha beliau untuk menyambung pelajaran Al-quran di semenanjung yang mana pada waktu tersebut di beri nama MALAYSIA BARAT, beliau mendapat tentangan dari kedua ibu bapa yang tidak yakin dan tidak tahu menahu tentang MALAYSIA BARAT. Mereka menganggap ianya pasti penuh dengan budaya BARAT.

             Cabaran ustaz berdakwah di sana memang banyak jika nak di ceritakan dan ustaz memang kuat dan tabah, sehingga tahun 2010 lebih dari 7000 orang yang telah memeluk agama Islam di tangan ustaz dengan IZIN ALLAH swt. UStaz sanggup melepaskankan jawatan sebagai pegawai agama Islam sabah untuk terjun 100% ke dalam lapangan dakwah. Beliau kata senang tak payah nak mintak cuti untuk berdakwah yang tak kira masa. Walaupun pada hakikatnya sepanjang memegang jawatan sebagai pegawai agama beliau tidak dibenarkan untuk meminta pendapatan dari jawatan tersebut… APa kata Ustaz..”Saya tak kisah pasal pendapatan, asalkan saya boleh berdakwah atas tiket yang sah untuk orang-orang kampung saya..”

          Selepas melepaskan jawatan sebagai pegawai agama, pendapatan ustaz hanyalah pada hasil jualan minyak urut..Kadang-kadang ustaz diuji dengan kekurangan wang bila jualan minyak tidak memberansangkan, tayar kereta pancit menyebabkan 3 hari tidak pergi berdakwah, elektrik di rumah hampir-hampir dipotong kerana tertunggak.. Kereta proton yang dimiliki ustaz sepatutnya berusia lapan tahun, tapi selepas dua tahun dah meragam disebabkan keaadaan jalan yang tidak sempurna di sana berbanding di semenanjung..

             Namun rezeki dari Allah sentiasa ada, ustaz dikurniakan sahabat sejati iaitu ustaz Halim yang bersama-sama beliau sepanjang 4 tahun perkenalan mereka dalam misi dakwah di Sabah. Ustaz halim nilah yang banyak membantu ustaz dari segi kewangan. Masyarakat di sabah sekiranya lebih dari tiga hari tidak di follow up mungkin akidah mereka akan tergadai dengan dakyah kristian yang sangat-sangatlah aggresif di sana. Di sebabkan factor tersebutlah ustaz berusaha juga untuk bertemu dengan mad’u2 ni.. Terasa kerdil diri ini apabila dengar pengalaman ustaz berdakwah disana walhal diri ini sangat berasa selesa dengan kehidupan seharian.. Astaghfirullah hal azim…Moga-moga perkongsian ini membangkitkan semangat untuk terus berdakwah dan sentiasa qana’ah dengan apa yang ada. Tak hairanlah jika ada emel yang saya terima dari seorang sahabat sewaktu ketika dulu yang mengisahkan seorang pelajar IPTA tempatan yang mempunyai ciri-ciri mati syahid apabila meninggal ketika misi dakwahnya di Sarawak sewaktu cuti semester..beliau meninggal akibat lemas ketika menaiki bot untuk berdakwah ke pedalaman sarawak…Mungkin di lain kesempatan saya boleh attachkan emel tersebut untuk perkongsian bermanfaat kita bersama.



             KISAH CINTA ustaz juga memang menarik….Isteri yang dikahwini beliau merupakan anak kepada pembantu gereja pada masa tersebut..Beliau dengan gentleman nye telah meminta kepada pembantu gereja tersebut untuk mengahwini anak gadis nya.. Pembantu gereja tersebut memberi syarat supaya ustaz menyediakan RM 6000 untuk meperisterikan anaknya..walhal pada masa tersebut 6000 memang banyak dan tak mampu. yang ustaz ada hanya rm600.. Ustaz meminta restu dari ibu dan ayah beliau…Ayah ustaz cakap pergilah masuk meminang walaupun dengan rm600, selebihnya serah kepada Allah.. Perjalanan ustaz ke rumah bakal mertua beliau mengambil masa seminggu…3hari berjalan kaki dalam hutan selebihnya dengan menaiki bot melalui jalan air…MasyaAllah…demi “islam” bakal isterinya beliau sanggup…Sampai di rumah bakal isteri beliau, dengan izin Allah, bakal bapa mertuanya mengizinkan ustaz memperisterikan anaknya..TAPI dengan syarat TIDAK BOLEH sebut langsung pasal ISLAM di kampung tersebut….Ustaz cakap die bukan hanya sayang pada isteri beliau, TETAPI yang lebih die sayang adalah AKIDAH dan ISLAM bakal isterinya yang dah TERLANJUR masuk ISLAM…KEesokan harinya langsung ustaz menikah dengan isterinya… Indah betul CINTA ustaz dan ISTERI..Mereka dipertemukan dan bercinta demi ALLAH dan ISLAM..

              Apa yang saya sampaikan ni mungkin 1/10 dari pengalaman ustaz yang pernah di laluinya…memang kagum dengan kegigihan ustaz..Yang paling kagum dengan kebergantungan beliau dengan ALLAH swt..Tawakkal beliau memang patut di teladani…Diri ini memang jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan beliau…Harapnya kita sama-sama dapat ambil iktibar dari pengalaman dan kisah hidup ustaz…Mohon maaf jika jalan cerita yang di sampaikan oleh saya ni tak lengkap…coz nama kampung ustaz di pedalaman sabah sabah tu saya tak berapa ingat…Cuma ingat tempat ustaz pernah berkhidmat adalah di TEMPAWAN..

P/s: bersambung dalam siri kedua…ceramah dari tetamu khas kedua..Kisah yang lebih menyentuh kalbu dan menginsafkan diri…








“IMAN, KAMU CUTI KE HARI NI?”

Iman : Assalamualaikum

Diri: Waalaikummussalam. Oh Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak dating ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pula saya cuti bos. Saya kan di berikan cuti.

Diri : Oh ye, lupa. Itula, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurusdan keuntungan syarikat akan semakin bertambah dengan pengambilan Encik Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat TV berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balaik jawatan saya dari Encik Nafsu?

Diri : Eh tak boleh.. Saya saying nak pecat Encik Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia Berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu lebih baik saya berundur.

Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehillangan kamu berdua.

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalm satu syarikat. Perbezaan antara kami amat besar. Encik Nafsu tu saya tengok anti sangat dengan saya.

Diri : Saya serba salah la pula.

Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat Encik Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu Encik Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz dekat sebelah. Mereka boleh maju seba ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. Encik Iman saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan Solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat pilihan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO( Allah swt) sebagai muttaqin.

Pengajaran: Kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amaln solehdan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

Sumber : Majalah solusi=)

AKHIRNYA....Nikmati proses...

Assalamualaikum wbt…Alhamdulillah setelah agak lama meninggalkan penulisan blog ni..akhirnya hari ni terasa nak tulis balik. Kebelakangan ni banyak jugak benda-benda yang berlaku hingga tak sempat nak duduk fikir apa yang nak ditulis dlm blog…
      Laptop lama dah diserahkan secara formal kat adik yang sambung belajar ke KMNS bulan lepas…Sejak xde laptop segala kerja berkaitan dengannye pun tergendala buat sementara waktu…Mangsanya adalah computer office..heehe.Tapi, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk memiliki lagi sebuah laptop secara kredit la…Syukur, hopefully mini laptop ni dapat berjasa macam laptop lepas…

Hujung bulan 5 lepas plak, Alhamdulillah dapat bercuti ke cherating bersama sahabat-sahabat seperjuangan di kampus…Lama rasanya tak bercuti semenjak dah tak bergelar student ni…walaupun dua hari, tapi saat-saat manis berprogram masih segar lagi dalam otak ni…Sesekali dapat bercuti memang all out…

Banyak pengalaman-pengalaman manis semenjak kerja ni…Ada juga yang pahit..Sesekali dihadapkan dengan macam-macam pilihan dan dugaan…Tapi kesemua proses hidup yang berlaku tu memang membuatkan diri ini terus mencari jalan mendekatkan diri denganNya dan menikmati proses pentarbiyahan tersebut….

Alkisahnya, terbaca la plak artikel dari I luv Islam ni…memang btol2 terkesan..Pada sesapa yang masih blom baca…saya cadangkan bacalah…memang tak rugi…

     Nikmati Proses
Dihantar oleh: Muhammad Nur Islam
Editor: lailatulema

Sebenarnya yang harus kita nikmati dalam hidup ini adalah proses. Mengapa? Kerana yang bernilai dalam hidup ini ternyata adalah proses dan bukan hasil. Hasil sesuatu perkerjaan kita telah ditetapkan oleh Allah swt dan kita mempunyai kewajipan untuk menikmati dua perkara iaitu selalu menjaga setiap niat dari apapun yang kita lakukan dan selalu berusaha menyempurnakan niat yang dibuat.

Syahid atau kemenangan
Seperti para mujahidin yang berjuang membela bangsa dan agamanya, sebenarnya bukan kemenangan yang terpenting bagi mereka, kerana menang atau kalah itu akan selalu digilirkan kepada sesiapa pun. Namun yang paling penting baginya adalah niatnya perlu benar kerana Allah swt dan selama berjuang itu akhlaknya tetap terjaga. Tidak akan rugi orang yang seperti ini, sebab ketika dapat mengalahkan lawan bererti dia akan mendapat pahala, kalaupun terbunuh bererti boleh menjadi syuhada.

Untung atau rugi
Walhasil yang terpenting dari perniagaan dan ikhtiar yang dilakukan adalah prosesnya. Bagaimana selama berniaga itu kita selalu menjaga niat agar tidak pernah ada satu miligram pun hak orang lain yang diambil oleh kita, bagaimana ketika berniaga itu kita tampil dengan penuh keramahan dan penuh kemuliaan akhlak, bagaimana ketika sedang berniaga kita sungguh-sungguh menjaga kejujuran kita, menepati waktu dan janji yang diberikan. Keuntungan bagi kita dalam proses mencari nafkah adalah dengan menjaga nilai perilaku kita. Perkara duit sebenarya tidak usah terlalu difikirkan, kerana Allah Maha Mengetahui keperluan kita. Kita sama sekali tidak akan tersanjung oleh keuntungan yang kita dapatkan, tapi kita akan tersanjung oleh proses mulia yang kita jalani.Ini perlu difahami bagi siapa pun yang sedang berniaga bahawa yang berharga adalah nilai-nilai yang selalu kita jaga dalam proses mendapatkan keuntungan.

Buat para pelajar
Begitu juga bagi para pelajar, sekiranya kuliah hanya untuk menikmati hasil ataupun untuk mendapat gelaran mahasiswa, bagaimana kalau meninggal sebelum berjaya mendapatkan segulung ijazah? Apalagi kita tidak tahu bila kita akan meninggal. Maka kita harus bertanya pada diri sendiri, apa yang kita mahukan dari kuliah ini? Kalau hanya untuk mencari isi perut, kata Imam Ali, "Orang yang fikirannya hanya pada isi perut, maka darjat dia tidak akan jauh beza dengan yang keluar dari perutnya". Kalau hanya ingin cari duit, hanya duit saja yang difikirkan, jadi, samalah dengan penjahat yang juga fikirannya hanyalah mengenai duit.
Kuliah seharusnya menjadi sebagai suatu usaha agar nilai kemanfaatan hidup kita meningkat. Salah satu tujuannya juga adalah untuk manfaat orang lain. Kita juga mencari nafkah sebanyak mungkin untuk mensejahterakan orang lain. Dalam mencari rezeki ada dua perkara yang perlu selalu kita jaga, ketika sedang mencari kita sangat jaga nilai-nilainya, dan ketika dapat hasilnya kita infakkan semahu-mahunya. Inilah yang sangat penting.
Kalau kita selama ini pergi kuliah, selama ini pergi sekolah, selama ini berkursus kita jaga sekuat-kuatnya mutu kehormatan, nilai kejujuran, etika, dan tidak mahu berlaku khianat lalu kita meninggal sebelum mendapat hasilnya? Tidak ada masalah, kerana apa yang kita lakukan sudah jadi amal kebaikan. Kerana itu janganlah terlalu terpukau dengan hasil.

Jodoh itu ketentuan Tuhan
Saat kita mahu melamar seseorang, kita harus bersedia menerima kenyataan bahawa yang dilamar itu belum tentu jodoh kita. Walaupun kita sudah berjumpa dengan bakal mertua, sudah berbincang baik-baik, sudah menentukan tarikh, wujud kemungkinan ketika menjelang hari pernikahan pengantin perempuan mengundurkan diri atau ingin menikah dengan yang lain. Sakit hati memang wajar dalam diri manusia, tapi ingatlah bahawa kita tidak pernah rugi kalau niatnya sudah baik, caranya sudah benar, walaupun pernikahan tidak berlangsung. Siapa tahu Allah telah menyiapkan calon isteri yang lebih baik.

Haji Mabrur?
Begitu juga sekiranya kita telah mendaftar mahu menunaikan haji. Telah siap berkursus dan bersiap untuk berangkat, tiba-tiba kita menderita sakit sehingga batal untuk berangkat. Apakah ini suatu kerugian? Belum tentu! Siapa tahu ini merupakan nikmat dan pertolongan dari Allah, kerana kalau kita pergi haji juga tahun itu belum tentu mabrur, mungkin Allah tahu, ah, bukan tapi memang Allah Maha Mengetahui tentang kapasiti atau tingkat keimanan dan kapasiti atau tingkat keilmuan kita yang masih belum cukup, jadi Allah tangguhkan dulu perjalanan kita agar kita mempelajari dengan lebih lagi untuk mendapatkan haji yang mabrur.

Oleh sebab itu, sekali lagi janganlah terpukau oleh hasil, kerana hasil yang bagus menurut kita belum tentu bagus menurut perhitungan Allah swt. Kalau misalnya kekuatan mental kita hanya duit RM50 ribu yang mampu kita uruskan. Suatu saat Allah memberikan untung RM50 juta, nah untung ini justeru boleh menjadi musibah buat kita kerana setiap datangnya rezeki akan diberkati kalau tingkat iman dan ilmu kita bagus. Kalau tidak, datangnya duit, status, pangkat, kedudukan tetapi tidak diimbangi kualiti peribadi kita yang bermutu ia boleh menjadi musibah pada diri.

Ada orang yang menjadi hina gara-gara dia mendapatkan kedudukan, kerana kedudukannya tidak diimbangi dengan kemampuan mental yang bagus dan akhlak yang mulia. Dia menjadi takbur, sombong dan berlagak pandai, maka dia menjadi nista dan hina kerana kedudukannya di hadapan Allah swt.

Ada orang yang terjerumus dan bergelumang dengan maksiat gara-gara mendapat untung. Hal ini kerana, ketika belum mendapat untung dan duit yang banyak dia susah untuk ke tempat maksiat tapi ketika duit datang melimpah ruah tiba-tiba dia begitu mudahnya menyalurkan hasilnya ke tempat-tempat maksiat.
Proses itu suatu nikmat
Begitulah sahabat, selalulah kita menikmati proses dalam berbuat sesuatu perkara. Seperti saat seorang ibu membuat kuih hari raya, ternyata kuih yang dihasikannya begitu enak dan kuih yang enak itu telah melewati proses yang begitu panjang dan lama. Mulai dari mencari bahan-bahannya, memilih-milihnya, menyediakan peralatan yang bagus, hingga memadukannya dengan bahan-bahan yang tepat, dan sampai menunggu kuih itu di depan oven. Dan lihatlah ketika siap, baru dihidangkan beberapa minit saja, sudah habis. Apalagi biasanya kuih itu tidak dimakan sendirian oleh yang membuatnya malah dimakan ramai-ramai. Bayangkan kalau orang membuat kuih tadi tidak menikmati proses membuatnya, dia akan rugi kerana mendapat penat saja, kerana hasil proses membuat kuihnya pun habis dengan seketika oleh orang lain. Ertinya, ternyata yang kita nikmati itu bukan sekadar hasil, tapi proses.

Begitu juga ketika seorang ibu membesarkan seorang anak, lihatlah prosesnya. Hamilnya sembilan bulan, sungguh begitu berat, tidur susah, baring pun susah, berdiri berat, jalan juga tidak stabil, MasyaAllah. Kemudian ketika bersalin pun berat dan sakitnya juga setengah mati. Padahal setelah si anak lahir belum tentu akan membalas budi. Sudah berjuang sekuat tenaga melahirkan, sewaktu kecil kadang kala membuang hadas merata-rata, pergi dan balik sekolah dihantar dan diambil, manjanya luar biasa, di sekolah rendah tidak mahu belajar (bahkan yang belajar, yang mengerjakan kerja sekolah justeru malah ibunya) dan si anak malah pergi bermain saja, saat masuk sekolah menengah sudah mula ponteng kelas, ponteng sekolah dan sudah mula bermain cinta.

Bayangkanlah kalau semua proses mendidik dan mengurus anak itu tidak menggunakan keikhlasan langsung kerana tidak sebanding antara perbuatan anak dengan pengorbanan ibu bapanya. Bayangkan pula kalau saat bersalinkan anaknya, prosesnya sudah lelah dan sakit setengah mati seperti itu, tiba-tiba anaknya meninggal, naudzhubillah, apa yang telah kita dapatkan ketika itu?

Oleh sebab itu, bagi para wanita, nikmatilah proses hamil sebagai ladang amal. Nikmatilah proses mengurus anak, peningnya, kerenahnya, dan cerewetnya anak sebagai ladang amal. Jangan difikirkan apakah anak itu mahu membalas budi atau tidak, kerana jika kita ikhlas menjalani proses ini, InsyaAllah kita tidak akan pernah rugi. Pastinya amal di sisiNya bukan apa yang kita usahakan, tapi apa yang kita lakukan dengan ikhlas dan sebaik mungkin.

Sumber: Dipetik dari KCB Yahoo groups, K.H. Abdullah Gymnastiar



AIN...LAM...MIM.....






A’IN LAM MIM= ILMU….

Assalamualaikum wbt.

Suasana malam semalam sejuk sangat…maklumla hujan lebat petang mengundang sejuk waktu tengah malam…Bila sejuk ni,selimut memang susah nak berpisah dari badan dan mata pun memang berat nak bukak bila azan subuh berkumandang. Astagfirullah hal azim…

Dua tiga hari kebelakangan ni kerap hujan pulak…cuaca kat pendang ni memang tak menentu…kesian jugak dekat penduduk-penduduk dekat sni yang rata-rata penoreh getah n pesawah..bila hujan tak boleh la diorang nak pegi menoreh esok paginya and tak dela income hari tu…dah la income pun sikit, maklumla kebun orang bukan melayu, walaupun getah sekilo rm3 lebih, upah yang diberi kpd penoreh hanyalah 40 sen-70 sen sekilo..tapi tak dela pulak saya nak menyalahkan hujan, sesungguhnya hujan tu pun rezeki daripada ALLAH…

Cakap pasal hujan,ape kaitannye dengan tajuk a’in lam mim ni? Sekarang saya cuba huraikan sedikit sebanyak berpandukan bahan yang saya baca dan dengar…

Dalam sebuah hadis sahih (Riwayat al-bukhari no.79 dan muslim no.6093), Rasulullah s.a.w telah membuat satu perumpaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam ibarat “HUJAN”. Ya, Rasulullah telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai “HUJAN” manakala hati-hati manusia sebagai “TANAH”.

HIDAYAH dan ILMU=HUJAN yang lebat yang turun menimpa BUMI

HATI MANUSIA= TANAH di BUMI

Mula-mula kita tengok dulu hal berkaitan HIDAYAH dan ILMU ni…

Perkataan ILMU kalau dicerakinkan dalam huruf jawi jadilah a’in-Lam-mim..Tiga-tiga huruf ni mempunyai maksud yang tersendiri. Alhamdulillah saya dapat ilmu berkaitan dengan tajuk ni dalam satu kliah jumaat di menara zakat alor setar…Kalau hari jumaat saya selalu lepat dekat menara zakat ni dengar-dengar kuliah, untuk suburkan” tanah” @ hati yang de dalam badan ni hehe…

1) A’in = bermaksud “a’liyyun”, atau dalam terjemahan bahasa melayu nye “tinggi”… dengan ilmu yang berguna menjadikan kita tinggi dari segi martabat, pengetahuan, dan semestinya darjat disisi ALLAH SWT…Kalau harta banyak sekalipun tapi cetek ilmu pengetahuan, takde gunanya jugak…

2) Sebelum pergi kepada huruf lam, saya akan jelaskan dulu mim…sebabnye anda akan nampak sebentar lagi..

MIM= bermaksud “malik”, atau dalam terjemahan “memiliki”. Orang yang berilmu memiliki kitab-kitab dan kemahiran yang dipelajari melalui ilmu tersebut..Malah, orang yang berilmu juga akan memiliki rahmat daripada ALLAH SWT.

3) LAM= Bermaksud lembut. Jika dilihat huruf lam merupakan hurup penting dan menjadi penyambung kepada a’in dan MIM…dimana tanpa lam tidak akan terbentuk perkataan ILMU. Lembut disini adalah analogi kepada akhlak yang mulia dan tawaddu’ kepada ALLAH swt. Tanpa kelembutan akhlak dan tawadduk kepada ALLAH, ilmu yang dimiliki mungkin akan mendatangkan kemurkaan ALLAH. Sebagai contoh, IBLIS merupakan golongan yang pada asalnya ketua kepada para malaikat dan memiliki tempat yang tertinggi di dalam syurga, tetapi dengan keingkarannya untuk tunduk pada perintah ALLAH agar tunduk kepada NAbi ADAM disebabkan takkabbur dengan kejadiannya, Iblis menjadi makhluk yang terkutuk hingga ke akhirat…

JADI, kawan-kawan boleh Nampak kan kaitan antara tiga huruf yang terdapat dalam perkataan ILMU ni…



FASA kedua adalah hal berkaitan TANAH yang Rasullullah s.a.w umpamakan seperti hati manusia…

Rasulullah s.a.w membahagikan tanah-tanah di bumi yang menerima hujan kepada tiga jenis:

1) Maksudnya : “ Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak”.

(Mereka adalah mansia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah s.w.t lalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka dan orang-orang lain disekeliling mereka.

2) Maksudnya: “ Diantara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman , ia menakung air maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang lain,mereka minum, member minum dan bercucuk tanam.”

(Golongan ini juga baik. Walaupun mungkin mereka tidak mengambil faedah daripada ilmu dan tidak berkesan bagi mereka, namun mereka Berjaya menyebarkannya dan menyampaikan kepada oraang lain. Dengan itu ramai manusia yang dapat faedah daripada ilmu itu. Tidak mengapa, kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya di akhirat.

3) Maksudnya: ‘”Dan hujan itu menimpa pula sejenih tanha lagi,ia hanayalah tanah gersang tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

(Golongan ini, sudahlah tidak mahu menerima ilmu, dirinya juga tidak member manfaat kepada orang lain.



JADI, mari kita fikir kita tergolong dalam TANAH 1, TANAH 2 atau TANAH 3….ADAKAH kita dah memanfaatkan ‘HUJAN’ itu betul-betul…

Hari ni pun hujan lagi di pendang…ALHAMDULILLAH>>>

WAllahualam….

USAH RISAU KPD YANG MASIH SOLO




Assalamualaikum w.b.t.
Moga sahabat-sahabat hari ni diberkati dan di redhai Allah..Aminnn… Artikel ni mungkin dah de sahabat-sahabat yang baca…tp saya terasa nak kongsi jugak dengan sesapa yang belum baca lagiii… Rasanya artikel ni WAJIB baca bagi sahabat-sahabat kat luar sana yang masih solo…hehe…Mari sama-sama muhasabah diri….LAYANNNNN…..

2050????


Assalamualaikum w.b.t

Dah 5 hari tak post apa-apa artikel dalam blog ni…5 hari kebelakangan ni agak sibuk..hari demi hari rasa cepat sangat berlalu…hmm..teringat pada kata-kata ustaz sewaktu ceramah setiap hari JUMAAT di menara zakat, alor star, di akhir zaman masa dirasakan terlalu singkat.Ustaz mendefinasikan masa yang terlalu singkat tu dengan keberkatan masa yang semakin kurang…manusia terlalu sibuk dengan urusan dunia…nauzubillah..Ya Allah berkatilah hidup dan umur kami dunia dan akhirat.

Artikel kali ni berkisar mengenai dunia Islam di abad ini..waktu zaman belajar di UKM dulu saya masih ingat seorang sahabat mengingatkan keada saya dan beberapa kawan mengenai tanda-anda hari kiamat…antaranya adalah matahari terbit dari BARAT..kawan saya ni menjelaskan tanda hari kiamat ni dari perspektif yang berbeza, iaitu matahari di ibaratkan seperti nur hidayah iSLAM dan BARAT tersebut adalah Negara-negara barat (eropah)..Jika dilihat di awal kemunculan Islam, Islam itu muncul dari tanah ARAB (tIMUR) tapi menjelang hari KIAMAt, jika kita lihat hari ini perkara yang sebaliknya telah berlaku…lebih ramai orang masuk ISLAM muncul di Negara-negara EROPAH…

Lihat sahaja, isu-isu semasa dunia ISLAM di dalam MAJALAH I bilangan 88-90.. BAnyak GEREJA dinegara-negara Eropah telah berubah rupa kepada MASJID..Ini kerana penyusutan dari segi bilangan penganut-penganut kristian yang datang ke gereja dari tahun ke tahun berbeza dengan penganut agama ISLAM yang semakin meningkat di sana dan memerlukan lebih banyak MASJID..(klo tak percaya boleh beli majalah I isu 89)

Manakala Majalah I isu 90 pula memmaparkan kisah abang kepada MICHAEL JACKSON iaitu, JERMAINE JACKSON yang telah memeluk agama ISLAM dan mengesahkan bahawa MICHAEL JACKSON telah ISLAM di saat kematiannya. Dan juga kalau sahabat-sahabat masih ingat dengan lagu LONELY yang sangat famaous dulu dinyanyikan oleh AKON, AKON juga telah disahkan memeluk agama ISLAM…

Sesungguhnya kebenaran ajaran Nabi junjungan kita MUHAMMAD S.A.W iaitu ISLAM semakin terserlah pada masa kini…

JIKA yahudi menakutkan seluruh dunia dengan 2012, mari kita lihat pula dengan angka 2050..sesungguhnya yahudi laknatullah penuh dengan agenda jahat mereka untuk menutup kebenaran ISLAM..

Artikel dibawah saya dapat dari blog seorang sahabat… Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari artikel ini dan semakin berusaha menambahkan kualiti ILMU,IMAN dan AMAL dalam diri…

Menurut majalah Milenia Muslim keluaran April 2010; kadar pertumbuhan dan kelahiran umat Islam sedunia terus meningkat yang menghendaki kita sebagai umat Islam merenung secara bijaksana mengenai langkah proaktif dan efisien untuk mengurus, mentadbir sekaligus mengupayakan kebolehan umat Islam dalam segala bidang hingga menjadi umat bermaruah dan disegani menjelang 40 tahun lagi.

Menurut laman web http://plancksconstant.org,/ pada 1900 terdapat lebih kurang 50,000 Muslim di seluruh Eropah Barat. Akan tetapi mrnjelang 2008, peningkatan sebanyak 1000 kali ganda berlaku iaitu seramai 50 juta Muslim telah berada di Eropah Barat. Pada tahun 2050 pula, Eropah diramal bertukar menjadi benua Islam dan bakal menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia.

Di Amerika Syarikat pula, dalam tempoh 30 tahun sahaja, 50 juta umat Islam dijangka menetap di negara itu. Marc Ramirez dari Seattletimes dalam artikelnya yang diterbitkan pada 24 Januari 1999 melaporkan, “Dengan enam juta penganut-penganut Islam di Amerika, Islam menjadi agama yang plaing cepat berkembang di Amerika.”

Di Australia, perkembangan kelahiran umat Islam dilaporkan amat pesat. Selepas Perang Dunia Kedua, kurang daripada 3,000 Muslim berada di Australia tetapi meningkat mendadak kepada 281,000 orang pada 2001. Hari ini, bilangan penduduk Islam di Australia masih kecil iaiatu sekitar 1.5% sahaja. Namun, kadar kelahiran mereka amat pesat iaitu sebanyak 40% dalam jangka masa 5 tahun.
Di Belanda, 50% daripada kelahiran penduduknya adalah Islam. Dalam 15 tahun akan datang diramalkan separuh rakyatnya beragama Islam.

Lucy Berrington di dalam majalah The Times bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The Spread of a World Creed berkata, “Semakin ramai rakyat Britain terutamanya daripada kalangan kaum wanita yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka dianggarkan antara 10,000 hingga 20,000 orang.

Dijangkakan dalam tempoh 20 tahun, jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan pendatang-pendatang asing Muslim. Di Britain, antara wanita yang memeluk Islam adalah anak perempuan hakim terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam selepas melihat gejala-gejala negative melanda barat dengan dasyatnya, sebagai contoh peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak. Di sampng itu, mereka juga kagu dengan disiplin Islam di samping jaminan kesejahteraan hidup yang terdapat dalam ajarannya.”

Berpandukan data US Cencus International pada 2050, populasi Russia akan menjadi 109,187,353 orang. Akan tetapi pada hari ini telah ada 27 juta orang Islam di Rusia dengan kadar kelahiran yang cukup ramai. Semakin ramai orang Rusia memeluk Islam pada hari ini.

Mengikut Majlis Mufti-Mufti Rusia, “Seramai 20,000 orang memeluk Islam dari bulan Januari hingga Oktober tahun 2004. Jumlah mereka yang memeluk Islam pada tahun 2002 adalah 12,450 orang dan 15,300 orang pada tahun 2003. 60%daripada penganut-penganut itu tidak pernah menganuti sebarang agama sebelum ini. 75% daripadanya adalah wanita berumur antara 17 hingga 21 tahun.” Hal ini disebutkan di dalam MosNews bertarikh 4 Oktober 2004.

Menurut Germany's Federal Statistics Office juga menyatakan menjelang tahun 2050 Jerman berpotensi menjadi takungan umat Islam yang besar.
Kini, di Britain berdiri megah 1,500 buah masjid manakala 10 buah di Perancis, 8 di Sweden, 4 di Hungary dan banyak lagi di Russia termasuk Masjid Qolsharif di Tatarstan yang menjadi masjid terbesar di Eropah pada masa ini.

Islam bakal mentadbir dunia pada 2050. Adakah ini akan menjadi satu realiti atau hanya impian kosong semata-mata?

Kegemilangan Islam bermula sejak abad ke-6 Mashihi (kegemilangan Ummayyah) sehinggalah abad ke-20 (kemerosotan Turki). Manakala kegemilangan Barat bermula sejak abad ke-15 (kejatuhan Granada 1492M) hingga kini abad ke-21. Islam berpengaruh selama 14 abad, amnakala Barat melebarkan sayap selama 6 abad sahaja!


Mengikut data Wikipedia Holt Rinehart Winston, terdapat kira-kira 1.9 bilion penganut agama Kristian dan 1.8 bilion Muslim di dunia pada 2009. Mengikut kiraan populasi yang dilakukan, dianggarkan perkembangan Muslim sebanyak 1.84% dan Kristian 1.13% (daripada Carbagie Endowment for International Peace). Menerusi perkembangan yang berlaku, populasi Muslim akan meningkat menjadi 2.034 bilion melebihi jumlah penganut Kristian iaitu 2.033 bilion pada 2016.

Saya rasa ini boleh berlaku tetapi umat islam perlu bersatu dan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah yang sebenar. Memang suatu hari nanti Islam akan kembali gemilang di dunia berdasarkan hadis Nabi tentang peperangan besar sebelum kiamat. Dakwah adalah cara yang terbaik, tetapi jihad akan tetap berlaku kerana umat Islam perlu mempertahankan agamanya apabila diserang. Allah tidak memerlukan sesiapa jika Dia menghendaki Islam mentadbir dunia.

Bagi muslimah, mari sama-sama kita meramaikan ummat Nabi Muhammad dengan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya peranan para ibu dalam mengembangkan syiar Islam amat besar.
Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.

Wallahualam…







MATI TIBA-TIBA...

Assalamualaikum…Perkongsian kali ini mengenai dunia akhir zaman yang kita tengok akhir-akir ni macama-macam perkara berlaku…Cuaca pun tak menentu.Kat Kedah ni, seminggu hujan, seminggu kemarau..hhmmm. Masa dirasakan terlalu pantas.Tup..tap…tup..tap dah nak masuk bulan 5, bulan 6 ni cukup setahun saya bergelar optometris..Tp dah cukup ke amalan kita nak berdepan dengan hari KEBANGKITAN? Tepuk dada tanya IMAN…

Hadith:

Daripada Auf Bin Malik,katanya aku telah mendatangi Rasulullah S.A.W sewaktu perang tabuk dalam sebuah khemah kulit.Pesan Nabi kamu peganglah 6 Perkara sebagai tanda hari kiamat:

1) Kematianku
2) Pembukaan Baitul Maqdis
3) Bergelimpangannya kematian manusia seumpama kambing mati kerana penyakit.
4) Bergelimpangannya harta sehingga senang seorang lelaki mendapat 100 dinar tetapi terlalu kedekut
5) Fitnah yang masuk kedalam semua rumah org Arab..(Logiknya hari ini, televisyen,internet dan pelbagai alatan teknologi lain yang ada yang disalahgunakan, fitnah-fitnah berada dihujung jari sahaja)
6) Perdamaian antara kamu dengan Yahudi yang sentiasa menipu kamu. Mereka mendatangi kamu dengan 80 perancangan tetapi di sebalik setiap perancangan terdapat 12000 tentera Yahudi.

Kalau direnung-renungkan hadith di atas, sahlah dunia hari ini semakin hampir kepada KIAMAT, sebagaimana Rasulullulah pernah bersabda pada akhir zaman Kiamat sangat hampir umpama antara maghrib dan asar.LAILAHAILLAH…

Daripada Anas Bin Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w besabda yang bermaksud, “Antara tanda-tanda kiamat adalah berleluasanya mati secara tiba-tiba(mendadak).” Riwayat al_Tabrani dalam al-saghir). Hadis ini kini di sokong oleh beberapa data yang diperoleh daripada kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat terhadap penyakit Sudden Cardiac Death (SDC). Statistik tersebut menunujukkan bahawa:

• Lebih kurang 325,000 orang meninggal setiap tahun di Amerika syarikat.


• SCD mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi berbanding kanser paru-paru,kanser payudara dan AIDS


• Lebih kurang 40% meninggal sendirian tanpa kehadiran sesiapa yang dikenali atau tak dikenali.Inilah yang meningkatkan risiko kematian kerana tidak sempat mendapat pertolongan daripada sesiapa sahaja yang berada berdekatan ketika penyakit jantung menyerang.


• Jumlah kematian lelaki berbanding wanita adalah 3:1.Ini bermakna lelaki mempunyai risiko mati secara tiba-tibatiga kali ganda berbanding wanita.

(Sumber,SOLUSI isu 17)

Benarlah apa yang dinukilkan oleh hadis tersebut…Kalau nak bukti lagi cuba baca artikel kat bawah ni pulak mengenai kejadian-kejadian bencana yang melanda seluruh dunia kebelakangan ni yang mengorbankan banyak nyawa. Sesungguhya Allah s.w.t sedang memberi petanda kepada kita..Renung-renungkanlah..Sudah bersediakah kita dengan bekalan yang cukup untuk menghadapi hari Kemusnahan, hari tertutupnya pintu taubat….

P/S ARTIKEL NI PUN AGAK PANJANG….TP MENARIK UNTUK PERINGATAN DIRI….

Bencana ada di mana-mana

Pasukan penyelamat berusahaselamat 200 mangsa tertimbus

Anggota bomba mengangkat mayat salah seorang mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Vicoso Jardim sebuah pekan kecil di Niteroi, sebuah bandar 25 kilometer di seberang teluk dari Rio de Janeiro, kelmarin. - AFP

NITEROI Brazil 9 April - Pekerja penyelamat hari ini 'bertarung' dengan masa bagi menyelamatkan kira-kira 200 penduduk yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan lumpur dekat Rio de Janeiro, berikutan banjir besar di wilayah itu.

Lebih 24 jam selepas tanah di tepi bukit itu tiba-tiba runtuh, 16 mayat telah ditemui di bawah runtuhan tanah yang turut meranapkan berpuluh-puluh rumah di kawasan sesak Morro do Bumba, di sini yang terletak di seberang teluk dari Rio.

Anggota bomba berkata, peluang untuk menemui mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan lumpur amat tipis.

Pegawai berkata, sekurang-kurangnya 182 mangsa dilapor terbunuh di Rio de Janeiro sejak Isnin lalu apabila hujan paling lebat dalam tempoh setengah kurun melanda wilayah itu, mengakibatkan banjir dan berlaku runtuhan tanah di kawasan sesak yang berbukit di metropolitan tersebut dan kawasan setinggan.

Menurut Pertahanan Awam, Niteroi merupakan kawasan paling teruk terjejas dengan 107 kematian dilaporkan berbanding 55 di Rio.

Pegawai Pertahanan Awam melaporkan, sekurang-kurangnya 161 yang lain cedera dalam tempoh empat hari lalu, sementara seramai 14,000 terpaksa dipindahkan ekoran hujan lebat.

Bagaimanapun, jumlah sebenar mangsa yang dikhuatiri tertimbus di Morro do Bumba masih belum diketahui.

Ketua pasukan bomba Kolonel Pedro Machado memberitahu AFP awal pagi semalam, berdasarkan keterangan saksi, kira-kira 200 orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan lumpur.

Bagaimanapun komander tentera batalion polis ke-12 di Niteroi, Rui Franca berkata, mustahil untuk menganggarkan jumlah mangsa yang tertimbus.

Walaupun lokasi kejadian masih terdedah kepada bencana sama.Kira-kira 150 pekerja penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam dengan bantuan lapan mesin pengorek dan trak yang mengalihkan lumpur untuk mencari mangsa yang terselamat.

Semalam, 25 mangsa termasuk lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan selepas terperangkap beberapa jam di bawah runtuhan dan lumpur, sekali gus mencerahkan harapan untuk menemui lebih ramai mangsa terselamat. - AFP



Sudan pula dilanda kemarau yg panjang dan dahsyat .

PPB telah mengeluarkan amaran yg negara itu akan mengalami bencana kebululuran . Kanak-kanak terbaring kurus dan berperut puncit penyakit ada di mana -mana . Suatu pemandangan yg tidak terdapat di 1 Malaysia kita .


Di 1 Malaysia kita pula wabak denggi diparas yg merbahaya .Kementerian kesihatan menggesa masyarakat membuang dan membersihkan tempat -tempat takungan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes . Pihak itu juga menggesa rakyat yg mengalami demam denggi agar cepat-cepat pergi ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya .

Di 1 Malaysia ini juga iaitu di Negeri Melaka wabak selsema babi masih aktif dan ramai yg sudah menjadi mangsa .Kerjaan menyeru agar rakyat tidak alpa dengan keadaan sekarang kerana gelombang yg ke 2 belum tiba lagi ataupun memang tiada.

GEORGETOWN: Tiga pelatih Program Latihan Khidmat Negara di Kem Syruz, Machang Bubok, Bukit Mertajam disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh berkata, ketiga-tiga pelatih itu sudah diberi rawatan sewajarnya dan dipantau oleh pegawai perubatan di kem berkenaan.

"Sehingga kini keadaan mereka dilaporkan stabil dan ibu bapa tidak perlu risau dengan keadaan anak mereka termasuk yang tidak dijangkiti kerana pihak pengurusan kem sudah menjalankan prosedur secara teratur," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. - Bernama


Di Bangladesh pula kes wabak taun naik secara mendadak .Langkah mencegah telah di ambil tetapi dengan keadaan negara yg miskin langkah yg minima sahaja boleh diambil untuk mencegah wabak yg boleh membawa maut itu .

Gempa bumi lagi

Gempa bumi lagi di Chilli iaitu 6.1 pada sekala richter , nampaknya agak reda sedikit minggu ini dengan bencana-bencana alam berbanding dengan minggu sebelumnya . ( ataupun saya terlepas pandang ).Laporan akhbar adalah seperti berikut ..

WASHINGTON: Chile digegarkan dengan gempa 6.1 skala Richter awal hari ini, selepas gempa kuat dan tsunami di bahagian tengah negara itu yang mengorbankan 452 orang, bulan lalu.

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku jam 5.43 petang waktu tempatan (2143 GMT) yang berpusat di 282 kilometers di barat daya Santiago.

Bagaimanapun belum ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan yang berlaku.

Pada Februari lalu, Chile dilanda gempa terkuat 7.0 Richter yang berpusat di Concepcion yang mengorbankan 552 orang dengan nilai kerosakan mencecah AS$30 bilion. - AFP


Di 1 Malaysia pula ribut kuat melanda negeri Perlis Indera kayangan yg Khabarnya menyebabkan kerosakkan 50 buah rumah .
Peristiwa yg lain pula pembuangan anak-anak yg masih bayi di merata-rata tempat. Mereka menyamakan taraf bayi mereka itu sama dengan sampah dan najis . Lebih najis dan sampah hati ibu bapa bayi yg melakukannya .Isu ini adalah isu lama yg diberi nafas baru ....

Di sana sini berlakunya perbuatan zina ..sehingga seorang penzina perempuan sanggup berzina dengan pelanggannya di tepi pembuangan sampah dan redha dengan upah RM 1.00 .Di Akhirat kelak nanti bayi yg meninggal itu akan bertanya

" Dosa apakah yg aku lakukan sehingga aku ini di bunuh ? ..... apa jawapan anda wahai saudari -saudari ku ....



Sebuah Rumah di Aceh Besar Jadi Korban Utama

BANDA ACEH - Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Blang Bintang, Aceh Besar meramalkanakan terjadinya peningkatan frekuensi petir dan puting beliung di Banda Aceh, Aceh Besar, Aceh Utara, dan Pidie bahagian utara. “Ini fenomena peralihan musim dari musim hujan ke musim kemarau,” kata Kabid Observasi dan Informasi BMKG, Alvianto melalui ketua pengumpulan Analisa, Khairul Akbar, kepada Serambi, Sabtu (27/3).

Menurut Khairul Akbar, sejak 10 hari terakhir bulan Mac hingga akhir April, ada beberapa fenomena cuaca yang perlu diwaspadai, di antaranya meningkatnya frekuensi petir dan puting beliung di empat daerah yang dipantau BMKG. “Frekuensi petir itu meningkat pada masa peralihan , iaitu peralihan dari musim hujan ke musim kemarau ataupun dari musiam kemarau ke musim hujan. Masa peralihan itu terjadi dua kali setiap kali pergantian musim. Jangka masa pertukaran biasanya berlaku selama sebulan sebagaimana pengamatan umum,” kata Khairul.
Sebagaimana laporan awal musim kemarau yang dikeluarkan BMKG Pusat untuk wilayah zon musim (ZOM) meliputi Banda Aceh, Aceh Besar, Aceh Utara, dan Pidie bahagian utara, awal musimnya lebih cepat berbanding kabupaten/kota lain di Aceh. Sedangkan barat dan selatan merupakan daerah di luar zon musim.
“Mengenai puting beliung tidak boleh di pantau secara spesifik hanya dalam batasan wilayah dan bersifat sangat-sangat lokal. Frekuensinya lebih tinggi pada peralihan dari musim kemarau ke musim penghujan. Namun demikian masih tetap harus diwaspadai,” kata prakirawan, Khairul menjelaskan fenomena itu. “Kondusi itu disebabkan peredaran udara cukup tinggi pada musim hujan dan peralihan,” tambahnya. Hingga seminggu ke depan, dari empat kota yang dipantau BMKG, daerah yang udaranya masih cukup lembab dan berpeluang terbentuknya awan dan hujan iaitu Banda Aceh, Aceh Besar, Aceh Barat, dan utara Aceh.
“Kondisi cuacanya didominasi ber awan dan hujan -hujan renyai hingga kadang-kadang lebat. Sedangkan untuk wilayah Sabang masih cenderung kering dan didominasi cerah hingga ber awan, meskipun demikian peluang hujan masih tetap ada. Angin umumnya bertiup dari timur laut hingga timur dengan kecepatan 10-30 km/jam,” katanya. Mengenai ketinggian gelombang laut di perairan Aceh rata-rata berkisar 0,5 hingga 1,25 meter atau masih dalam batas wajar.

Korban puting beliung
Rumah Sulaiman Muhammad (55), di Gampong Seupeu, Kemukiman Bungcala, Kecamatan Kutabaro, Aceh Besar,petang Sabtu (27/3) rosak yg serius setelah ‘dilanggar’ puting beliung yang menerjang kawasan desa itu. Meskipun tak ada korban jiwa namun setengah bahagian atap rumah Sulaiman terbongkar dan diterbangkan angin sejauh ratusan meter.

Sulaiman menceritakan, musibah itu terjadi pada petang Sabtu sekitar pukul 16.30 . “Saya sedang di rumah waktu itu, sedangkan anggota keluarga yang lain sedang ke tempat kenduri di Gampong Gue,” kata Sulaiman. Sulaiman mengaku sangat terkejut ketika rumahnya tiba-tiba bergoncang seperti mahu roboh. Dengan gerakan sepontan ,Sulaiman berlindung di bahagian dapur. “Terjangan angin tidak lama, tetapi dalam waktu singkat itu rumah saya sudah terangkat sebahagiannya ,” kata Sulaiman.Setiausaha Gampong Seupeu, Ridwan Ibrahim mengatakan, setelah kejadian itu, seluruh warga gampong langsung menuju ke rumah Sulaiman Muhammad untuk membantu apa saja yang boleh mereka bantu. “Kami berharap pihak pemerintah perhatin terhadap keluarga mangsa,” ujar Ridwan.

Menurut saksi dikalangan masyarakat, pergerakan angin yang menghentam rumah Sulaiman Muhammad mulai terlihat dari Gampong Ujong Blang yang berjarak sekitar satu kilometer dari Gampong Seupeu. Pusaran angin bergerak cepat menggulung sampah dan ranting-ranting pohon ke udara. Bahkan ketika atap rumah Sulaiman terbongkar dan diterbangkan angin, sempat terlihat oleh warga Blang Bintang yang berjarak sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian.



Ribut Perth: tiada korban rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mac — Tiada laporan rakyat Malaysia cedera dalam kejadian ribut yang melanda Perth di Australia petang semalam.Seorang pegawai Pejabat Konsulat Malaysia di Perth ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku semalam tidak menyebabkan kehilangan nyawa.

"Kejadian tersebut berlaku pada jam 3.30 petang semalam, dan setakat ini, tiada lagi laporan tentang rakyat Malaysia yang terkorban ataupun cedera diterima,” katanya.Menurut beliau, ribut tersebut berlaku selepas lima bulan tanpa hujan di Perth dan ia berlaku secara tiba-tiba tanpa amaran dari pihak berkuasa.

"Kebanyakan rumah musnah dalam kejadian terbabit dan kira-kira 150,000 penduduk berada dalam kegelapan kerana bekalan eletrik juga terputus. Sehingga sekarang, bekalan masih belum pulih,” katanya. -Bernama


terbaru: Gunung Berapi Meletus setelah 200 Tahun

APREYKJAVIK--MI: Sebuah gunung berapi di selatan Island telah meletus untuk pertama kalinya dalam hampir 200 tahun. Ini meningkatkan kekhawatiran bahawa hal itu menggalakkan letusan gunung berapi aktif berdekatan dengan letusan lebih besar.

Letusan di gunung berapi Eyjafjallajokull (AYA-feeyapla-yurkul), yang terletak di dekat glaser dengan nama yang sama, mengeluarkan abu dan lava ke udara. Tapi, kebanyakan ilmuwan menyebutnya tidak berbahaya.
Letusan terjadi tepat sebelum tengah malam Sabtu yg lepas pada retakan di sebuah lereng, bukan di puncak gunung berapi. Karenanya, para ilmuwan mengatakan tidak ada bahaya bahwa glaser akan mencair dan membanjiri daerah di bawahnya.
Laporan mengatakanyg lava mengalir di sepanjang retakan. Banyak penerbangan dibatalkan karena ancaman udara abu vulkanik.

Setelah memantau melalui udara pada Ahad yg lepas, para ilmuwan menyimpulkan letusan menghentam dekat glaser di daerah yang tidak memiliki ais. "Ini adalah tempat terbaik untuk sebuah letusan," kata Tumi Gudmundsson, seorang ahli geologi di Universitas Island.

Meskipun demikian, para pejabat mengirimkan pesan melalui telepon selular untuk 450 orang antara desa pertanian, Hvolsvollur, dan desa nelayan, Vik, sekitar (160 kilometer) tenggara ibu kota Reykjavik untuk mendesak mereka agar segera berpindah. Keadaan darurat telah diisytiharkan meskipun tidak ada laporan soal cedera atau kerosakkan.

Pusat-pusat perpindahan telah didirikan di dekat kota Hella. Tapi, orang ramai kembali ke rumah mereka pada hujung minggu.

KJAVIK--MI: Letusan gunung berapi Eyjafjallajokull hingga menggoncang tanah sekitar serta memuntahkan lava disertai abu di selatan Island mungkin tak hanya berdampak pada negara kepulauan itu, tapi juga pada negara-negara di sekitarnya.

Gempa itu membuat penduduk setempat khawatir akan adanya letusan yang lebih besar lagi dari gunung berapi Katla. Para ilmuwan menjelaskan sejarah menunjukkan saat Gunung Eyjafjallajokull meletus, Katla akan menyusulnya. Di masa lalu, tiga letusan gunung Glaser Eyjafjallajokul mengakibatkan meletusnya gunung merapi Katla.

Persoalannya,bilakah itu? Jika meletus, Katla yang terletak di bawah gunung es Myrdalsjokull dapat menyebabkan banjir besar dan semburan lava dahsyat. Semburan Eyjafjallajokull pada Sabtu (20/3) setelah 200 tahun membuat 500 warga dipindahkan. Meski sebahagian besar warga kini telah kembali ke rumah masing-masing, Pihak penguasa tetap menunggu hasil penelitian untuk menentukan apakah kawasan itu masih aman untuk diduduki. Adapun warga di 14 peternakan di sekitar kawasan letusan telah diperintahkan untuk meninggalkan dari lokasi tersebut.

"Diperkirakan, letusan Eyjafjallajokull akan berisiko memperlebar pecahan glaser yang barada di bawah gunung sehingga membuat kemungkinan Katla juga meletus," kata Andy Russel, anggota pasukan peneliti Universiti di Newcastle yang datang ke Island sebelum letusan terjadi. "Dari catatan yang ada, biasanya setiap kali Eyjafjallajokull meletus, akan diikuti oleh leyusan Katla."
Russell mengatakan erupsi Katla yang terakhir pada 1918 telah menyebabkan banjir besar seluas Sungai Amazon dan membuat batu-batu besar berjatuhan ke lembah-lembah dan jalan. Letusan itu tentu menimbulkan bahaya bagi masyarakat sekitar, terutama warga yang berdiam di Reykjavik, sebelah barat pulau tersebut. Di wilayah itu, terdapat banyak glaser dan gunung api yang tidak stabil, sebuah kombinasi yang membahayakan.

Island terletak di sebuah gunung berapi besar di tengah Laut Atlantik. Letusan adalah hal biasa dalam sejarah negara itu. Letusan biasanya disebabkan aktiviti seismik karena pergerakan lempeng bumi sehingga mendorong magma keluar dari dalam tanah dan menyembur ke permukaan.
Seperti halnya gempa bumi, letusan gunung berapi juga sulit untuk diperkirakan. Letusan gunung berapi Katla diperkirakan dapat menjadi bencana yg besar, baik untuk Island maupun negara-negara lain.

Gempa bumi di Filipina 6.1

Lain pula jadinya di utara Filipina terjadi gempa bumi pada 6.1 skala ricther ,walaubagaimanapun tiada amaran thunami dikeluarkan ,ketika artikal ini ditulis saya belum dapat apa-apa berita tentang kerosakkan yg melibatkan nyawa atau harta benda .
Sudah tiba masanya manusia menghadkan leka dan berfoya-foya dan mula beramal utk pulang ke negeri asal yg sebenar ....



MayaAllah, cuba sahabat-sahabat renungkan…btolkan ape yang tertulis dalam hadith nabi di atas?