Pages

AIN...LAM...MIM.....






A’IN LAM MIM= ILMU….

Assalamualaikum wbt.

Suasana malam semalam sejuk sangat…maklumla hujan lebat petang mengundang sejuk waktu tengah malam…Bila sejuk ni,selimut memang susah nak berpisah dari badan dan mata pun memang berat nak bukak bila azan subuh berkumandang. Astagfirullah hal azim…

Dua tiga hari kebelakangan ni kerap hujan pulak…cuaca kat pendang ni memang tak menentu…kesian jugak dekat penduduk-penduduk dekat sni yang rata-rata penoreh getah n pesawah..bila hujan tak boleh la diorang nak pegi menoreh esok paginya and tak dela income hari tu…dah la income pun sikit, maklumla kebun orang bukan melayu, walaupun getah sekilo rm3 lebih, upah yang diberi kpd penoreh hanyalah 40 sen-70 sen sekilo..tapi tak dela pulak saya nak menyalahkan hujan, sesungguhnya hujan tu pun rezeki daripada ALLAH…

Cakap pasal hujan,ape kaitannye dengan tajuk a’in lam mim ni? Sekarang saya cuba huraikan sedikit sebanyak berpandukan bahan yang saya baca dan dengar…

Dalam sebuah hadis sahih (Riwayat al-bukhari no.79 dan muslim no.6093), Rasulullah s.a.w telah membuat satu perumpaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam ibarat “HUJAN”. Ya, Rasulullah telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai “HUJAN” manakala hati-hati manusia sebagai “TANAH”.

HIDAYAH dan ILMU=HUJAN yang lebat yang turun menimpa BUMI

HATI MANUSIA= TANAH di BUMI

Mula-mula kita tengok dulu hal berkaitan HIDAYAH dan ILMU ni…

Perkataan ILMU kalau dicerakinkan dalam huruf jawi jadilah a’in-Lam-mim..Tiga-tiga huruf ni mempunyai maksud yang tersendiri. Alhamdulillah saya dapat ilmu berkaitan dengan tajuk ni dalam satu kliah jumaat di menara zakat alor setar…Kalau hari jumaat saya selalu lepat dekat menara zakat ni dengar-dengar kuliah, untuk suburkan” tanah” @ hati yang de dalam badan ni hehe…

1) A’in = bermaksud “a’liyyun”, atau dalam terjemahan bahasa melayu nye “tinggi”… dengan ilmu yang berguna menjadikan kita tinggi dari segi martabat, pengetahuan, dan semestinya darjat disisi ALLAH SWT…Kalau harta banyak sekalipun tapi cetek ilmu pengetahuan, takde gunanya jugak…

2) Sebelum pergi kepada huruf lam, saya akan jelaskan dulu mim…sebabnye anda akan nampak sebentar lagi..

MIM= bermaksud “malik”, atau dalam terjemahan “memiliki”. Orang yang berilmu memiliki kitab-kitab dan kemahiran yang dipelajari melalui ilmu tersebut..Malah, orang yang berilmu juga akan memiliki rahmat daripada ALLAH SWT.

3) LAM= Bermaksud lembut. Jika dilihat huruf lam merupakan hurup penting dan menjadi penyambung kepada a’in dan MIM…dimana tanpa lam tidak akan terbentuk perkataan ILMU. Lembut disini adalah analogi kepada akhlak yang mulia dan tawaddu’ kepada ALLAH swt. Tanpa kelembutan akhlak dan tawadduk kepada ALLAH, ilmu yang dimiliki mungkin akan mendatangkan kemurkaan ALLAH. Sebagai contoh, IBLIS merupakan golongan yang pada asalnya ketua kepada para malaikat dan memiliki tempat yang tertinggi di dalam syurga, tetapi dengan keingkarannya untuk tunduk pada perintah ALLAH agar tunduk kepada NAbi ADAM disebabkan takkabbur dengan kejadiannya, Iblis menjadi makhluk yang terkutuk hingga ke akhirat…

JADI, kawan-kawan boleh Nampak kan kaitan antara tiga huruf yang terdapat dalam perkataan ILMU ni…



FASA kedua adalah hal berkaitan TANAH yang Rasullullah s.a.w umpamakan seperti hati manusia…

Rasulullah s.a.w membahagikan tanah-tanah di bumi yang menerima hujan kepada tiga jenis:

1) Maksudnya : “ Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak”.

(Mereka adalah mansia yang menerima ilmu dan hidayah daripada Allah s.w.t lalu beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka dan orang-orang lain disekeliling mereka.

2) Maksudnya: “ Diantara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman , ia menakung air maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang lain,mereka minum, member minum dan bercucuk tanam.”

(Golongan ini juga baik. Walaupun mungkin mereka tidak mengambil faedah daripada ilmu dan tidak berkesan bagi mereka, namun mereka Berjaya menyebarkannya dan menyampaikan kepada oraang lain. Dengan itu ramai manusia yang dapat faedah daripada ilmu itu. Tidak mengapa, kerana sekurang-kurangnya kelebihan menyampaikan ilmu tetap menambahkan sahamnya di akhirat.

3) Maksudnya: ‘”Dan hujan itu menimpa pula sejenih tanha lagi,ia hanayalah tanah gersang tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

(Golongan ini, sudahlah tidak mahu menerima ilmu, dirinya juga tidak member manfaat kepada orang lain.



JADI, mari kita fikir kita tergolong dalam TANAH 1, TANAH 2 atau TANAH 3….ADAKAH kita dah memanfaatkan ‘HUJAN’ itu betul-betul…

Hari ni pun hujan lagi di pendang…ALHAMDULILLAH>>>

WAllahualam….

0 comments:

Post a Comment