Pages

BETULKE PERMATA HIJRAH NI?



"BAHAN BACAAN BAGAIKAN MAKANAN BERZAT,JIKA KITA MENGAMBIL MAKANAN YANG BERZAT AN SEIMBANG,BADAN KITA AKAN SIHAT.BEGITU JUGALAH JIKA BAHAN BACAAN KITA BAIK,MAKA AKAN MENINGKAT DAN SIHATLAH FIKIRAN.SEBALIKNYA JIKA BAHAN BACAAN BURUK DAN KOTOR,MAKA FIKIRAN KITA AKAN TURUT KOTOR DAN DIRACUNI".

Assalamualaikum….alhamdulillah hari ni dapat tambah lagi sket ilmu daripada ILMU ALLAH yg sangat luas..kalau boleh satu hari, satu ilmu baru…Teransang dengan isu SOLUSI keluaran ke 18…”Di sebalik Iqra”.Tp tak sempat lagi nak habiskan baca dari kuli ke kulit..

Tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh senior dalam blog truskemata.blogspot.com. Selama ni, memang tercari-cari jawapan tentang produk ni. AL-maklumla, bila di kedai, ramai jugak customer yang menggunakan produk ni (PRODUK HOT). Selaku pengamal optometri, kadang-kadang susah jugak nak fahamkan pengguna tegar produk ni (sebab tak tau nak bg alasan kukuh jugak sebenarnye). Alhamdulillah, hari ni ALLAH dah bagi ilmu baru.(Tapi bukan niat nak memburuk-burukkan produk ni…Cuma sekadar perkongsian dengan pembaca-pembaca di luar sne je..)

Petikan artikel tu saya copy n paste di bawah ni…ada tiga keluaran…senior ni menceritakan dari A sampai Z tentang produk ni…Hopefully kita dapat manfaat darinya…

p/S..Artikel ni agak panjang…Tapi hopefully shabat-sahabat dapat baca sampai habis….





SIRI 1



Assalamualaikum.....



Pekaba semua....Harap2 sihat semua yuk! :) Waktu ini, jam 10.46, bertempat di salah sebuah cyber cafe di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi... Ntah mcm mane aku tibe2 terpanggil nak mengulas tentang isu yang telah lame dibincangkan oleh seantero malaysia khususnye masyarakat melayu. Isu ni mmg agak kontroversi serta hangat diperkatakan tentang keberkesanan serta tak kurang juga ada yang bercerita tentang ketidakpuas hatian tentang satu produk yang dipanggil PERMATA HIJRAH....



Aku sblm ni mmg amik sikap tunggu dan lihat dalam mempersoalkan produk ni... Bukan ape... aku masih dalam tempoh mengumpul macam2 data yang patut sebelum aku layak untuk mengulas perkara nih.. Even skrg pun bile aku nak menulis pasal Permata Hijrah ni, Aku masih mengumpul macam2 feedback tentang produk ajaib nih.... Harapan aku siri2 artikel aku pasal nih dapat dipersembahkan dengan bias yang minimum al-maklumla aku nih adalah salah seorang pengamal optometri....Pembaca blog skalian dialau2kan untuk memberikan komen....



Orait... Permata Hijrah ni sebenarnya adalah ramuan yang dihasilkan menggunakan air zam-zam dan dicampurkan dengan pelbagai ramuan bukan dari bahan kimia yang merbahaya. Ramuan ini didapati dari kajian melalui kitab2 tua pondok2 agama di Kelantan dan Pattani. 2 orang tabib dari salah sebuah negeri di pantai timur telah menghasilkan formulasi yang dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit mata seperti katarak, glaukoma, dsb serta tidak ketinggalan boleh memulihkan rabun sehingga tak perlu memakai cermin mata.



Sebelum aku mengulas lebih lanjut, jom kita jenguk kembali tentang pelbagai produk yang hampir serupa yang telah berada di pasaran sebelum toner mata Permata Hijrah diperkenalkan.
1. Qurrotaini (popular pada awal tahun 2005)
2. Ainun Thohirah (muncul di pasaran pada tahun 2007)



Produk ini diformulasikan oleh seorang doktor pengamal akupuntur dari Terengganu dan dijual pada harga RM12.90 hingga 59.90. Jenama2 ini juga mempunyai cecair untuk rawatan resdung. Produk ini amat popular kerana harga yang ditawarkan adalah amat murah. Berbeza dengan Permata Hijrah, harga sebotol kecil ubat titis boleh mencecah RM599!. Walaupun begitu Permata Hijrah juga menyediakan 'eye-mo like' eyedrops untuk menyegarkan mata dan membuang lendir2 di mata yang dijual pada harga RM 12.90. Persoalannya disini kenapa harga produk Permata Hijrah ini lebih mahal dari produk terdahulu yang pernah wujud walaupun khasiat yang dihebahkan hampir sama? Kenapa ade gred atau klasifikasi yang membezakan harga setiap produk Permata Hijrah?



Sbnrnye perbezaan harga dalam produk Permata Hijrah ini adalah dari cecair yang melarutkan 'Pearl Extract' yang terkandung dalam toner terbabit. Gred A yang berharga mahal mampu melarutkan 'Pearl Extract' supaya mudah diserap oleh2 sel2 mata....Di sini mereka claim dengan gred yang lebih tinggi (lebih mahal) boleh merawat hampir semua penyakit mata!. Tapi sebenarnya Ekstrak Mutiara serta supplemen2 mata yang lain seperti Natberry dan sebagainya mmg mujarab untuk mencegah dari terjadinya masalah2 kepada tisu2 penghubung serta tisu2 saraf dan kita sedia maklum terdapat pelbagai rangkaian sistem saraf dalam mata kita. Tetapi harus difahami supplemen ini lebih kepada MENCEGAH penyakit....



'Spray' mata Permata Hijrah hanya mengandungi zat zat, vitamin dan mineral untul kesihatan mata, kulit, saraf dan sel2 yg perlu di perbaiki. Kandungan mutiara mengandungi collagen untuk mengukuhkan tisu2 penghubung, dan unsur tiram yg penuh dengan mineral zink iaitu bahan yg boleh mengikis lendir dan kotoran, serta dalam kajian telah membuktikan dengan amalan supplement zink akan mengurangkan risiko terjadinya katarak. Billberry (antara bahan dalam produk Permata Hijrah) akan kukuhkan kapillari darah, dan dapat membantu untuk mengatasi rabun malam iaitu nightblindness kerana antioxidant dari billberry ini dapat menambahbaik sel2 retina kita, Air beralkali dalam campuran ekstrak mutiara toner ini , seperti mana kita tahu,tidak membenarkan mikrob (kuman) untuk hidup bebas dalam mata. Dengan ini jelas bahawa produk Permata Hijrah tiada bahan khas yang telah terbukti boleh penyakit yang telah berlaku dan menyerang mata kita....



Fuhhhh.....bnyk lagi aku nak citer ni....dalam siri artikel ini pada masa akan datang akan aku selitkan tentang :
1. Mitos/Misconcept tentang penyakit mata dan Permata Hijrah





2. Notifikasi penarikan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap produk Permata Hijrah



3. Logik atau analogi terhadap penggunaan Permata Hijrah kepada mata kita.



4. Dll yg aku rase nak celoteh....haha....orait.....



p/s : Aku akan simpulkan tentang hasil pemerhatian aku tentang Permata Hijrah ni bila siri artikel ni selesai...:)



adios.....



'YOUR EYES COMPANION'
SIRI 2







Permata Hijrah : Dari Perspektif Berbeza V2
Assalamualaikum....





Selamat sejahtera kepada rakan pembaca sekalian... bertemu lagi dalam post terbaru yang masih dalam siri ulasan tentang produk2 Permata Hijrah (p.H). Ingatkan aku nak selang2 siri artikel p.m ni ngan artikel lain tapi aku rasa macam tak sabar lak nak memberi info tentang p.H ni dengan lebih lanjut untuk pembaca2 blog skalian.....
Para pelayar blog skalian... mmg tak dapat dinafikan Permata Hijrah Enteprise amat berjaya dalam memasarkan produk2 mereka...Dengan promosi secara besar-besaran, sedikit sebanyak p.H telah mencipta satu 'mindset' kepada masyarakat umum bahawa terdapat ubat2 atau supplemen yang boleh memulihkan pelbagai masalah dan penyakit pada mata. Oleh kerana sifat semulajadi ingin tahu manusia, sudah pastilah orang ramai akan berpusu2 untuk mencuba produk ajaib ini...Syabas kepada 'team marketing' p.H!


Sebelum ini pun terdapat pelbagai supplemen kesihatan yang dijual di farmasi2. Supplemen2 ini lengkap dengan cara pemakaian dan kontraidikasi untuk pemakai. Supplemen2 ini lebih kepada memberikan sokongan kepada diet semulajadi kita yang mungkin tidak mencukupi untuk badan kita menjalankan fungsi harian. So disini, benarkah produk2 p.H mampu MEMULIHKAN rabun atau mampu MERAWAT glaukoma? dan lebih hebat lagi mampu MENGEMBALIKAN penglihatan pesakit diebetes yang telah teruk sehingga tak perlu menjalani rawatan laser?


Tiada kajian yang terbukti dapat menunjukkan pesakit kronik mata telah pulih apabila mengambil produk p.m. Yang dapat didengar hanyalah testimonial yang meragukan oleh pengguna2 p.H. Agen2 pemasaran p.m yang dilantik pula semakin galak memperbesarkan khasiat produk p.H ini sehingga dianggap produk ini sangat ajaib sehingga mampu mengubat semua penyakit mata walaupun penyakit mata yang tidak dapat diubati sepenuhnya seperti retinopati diebetes dan corneal opacity.


Aku bukanla bias kerana aku adalah seorang optometrist... tetapi disini aku amat risau tentang keselamatan orang ramai dalam menggunakan produk2 p.H ini. Aku mengambil jalan bersangka baik dimana ramai orang yang mendapat kebaikan dari produk p.H ni, alhamdulillah.... lagipun produk ini di label sebagai produk perubatan islam serta hasil keluaran syarikat bumiputera. Ini cukup membanggakan aku... Walaubagaimanapun aku amat kesal tentang sikap p.H terhadap penggunaan produknya seolah2 semua orang boleh menggunakan produk ini. TIADA pantang larang yang khusus, TIADA amaran terhadap orang2 berpenyakit tertentu untuk memakainya dan JAUH sama sekali mempunyai pengamal perubatan yang memberi nasihat terhadap cara pemakaian produk p.H ini....


Secara logiknya aku amik contoh udang.... yup... udang harimau ke, udang galah ke... Allah cipta udang ni untuk dimakan oleh manusia dan udang ni memang sedap kalau kene cara masaknya... Tetapi ada juga segolongan individu yang tak boleh makan udang pasal alergik so orang2 tua menetapkan orang yang ade alergik/alahan tak bley nak makan udang takut nanti bengkak satu badan....huhu... Tu cerita pasal udang ciptaan Allah... Produk p.m ni ciptaan dan adunan manusia... pasti ade pantang larangnye dan bukan sesuai dengan semua orang... Bagi mereka yang serasi serta mujarab...Alhamdulillah... Tetapi yang kami risaukan adalah nasib bagi mereka yang tidak serasi...


Mungkin ada yang mengatakan 'biasela...tak semua orang serasi, sama macam ubat lain'. Yup...memang betul... tetapi cara pemasaran produk p.H adalah amat merbahaya sekali dan boleh menyebabkan tanggapan yang salah terhadap masalah mata yang mereka alami... Pelanggan tidak diberitahu dengan tepat tentang pantang larang dan apa akibat jika ubat ini tidak serasi dengan mereka. Sepatutnya terdapat pengamal perubatan yang memeriksa dahulu status kesihatan mata pelanggan mereka SEBELUM menjual produk mereka...Itu baru cara yang betul... Toner ataupun spray yang mereka jual adalah jenis 'invasive' yang amat berbahaya jika disalah guna. Jika produk yang mereka jual tidak disembur atau dititiskan kedalam mata, kami mmg takde masalah dengan perkara itu....:)


Sudah pasti agen2 yang dilantik oleh p.H mungkin tidak mengetahui dengan khusus tentang ape itu glaukoma, retinitis pigmentosa, macam mana boleh terjadinya katarak, ataupun paling 'simple' pun macam mane rabun itu terjadi. Walaupun begitu mereka boleh claim dengan bersungguh2 produk yang mereka jual mampu memulihkan semua itu....:) Dalam banyak kes yang dilaporkan dari hospital2 kerajaan, pesakit yang pernah memakai produk p.H hanya datang berjumpa pegawai perubatan di hospital apabila mata mereka telah sampai ke peringkat paling teruk di mana keadannya lebih kritikal dari keadaan sebelum memakai produk p.H. Biasenye pengguna produk p.H ini beranggapan rawatan dengan ubat titis p.H ini masih tidak mencukupi dan menyangka mereka perlu beli botol2 seterusnya walaupu harga sebotol mencecah RM 600!.


Aku pun sambil2 buat keje aku sehari2 banyak menasihati orang ramai supaya berhati2 dengan produk p.m dan produk lain yang sewaktu dgnnya... Aku selalu berpesan dengan pesakit/pelanggan aku...'Nak pakai boleh, tapi bile ade walaupun sedikit je perubahan pada struktur mata terus berhenti pakai n dapatkan pemeriksaan lanjut'. Aku taknak 'banned' terus produk p.H ni pasal aku faham dengan keluh kesah masyarakat yang akan berminat untuk mencuba alternatif kepada penyelesaian masalah mata yang mereka hadapi. Tetapi aku harap para pembaca2 sekalian jgn la terlalu mengharap kerana kebanyakan penyakit pada mata adalah berpunca dari faktor umur dan permakanan...


Cukup sampai disini lagi coretan kali ini.... Nanti aku sambung lagi pasal siri ini di masa akan datang... Dalam artikel dalam diri yang sama akan datang akan aku selitkan pasal


1. Larangan KKM terhadap penjualan 'toner' mata p.H dan strategi p.H untuk 'counter' tindakan KKM ini...







2. Dan ape2 je la yang aku nak tambah lagi.....HUHU....
p/s : aku tau produk ni ade dicampur air zam-zam dan ade dibaca dengan ayat-ayat suci n aku takde masalah dengan perkara ini... aku bukan tak percaya terhadap ilmu perubatan islam tetapi aku hanya ingin berpesan2 kepada kebenaran dan bersifat menyampaikan (tabligh) kepada orang2 yang tidak tahu... Kita manusia mmg lemah sekali n selalu melakukan kesilapan...:)


adios....


'YOUR EYES COMPANION'









SIRI 3



Permata Hijrah : Dari Perspektif Berbeza V3
Assalamualaikum......


Bertemu lagi dalam siri yang sama....huhu....Malas la aku nak tunggu lama2... Aku nak teruskan jugak penulisan aku tentang Permata Hijrah (p.H) ni.... Ingin aku nyatakan sekali lagi, aku menulis ni asal dasar keprihatinan dan tanggungjawap aku kepada masyarakat.... Kerja aku selama ni pun amat dekat dengan masyarakat... Bermacam2 feedback aku temui dalam mengumpul bahan sebelum aku menulis artikel ni....


Bayangkan seorang lelaki berumur 65 tahun yang mempunyai masalah selaput mata (katarak). Beliau cuba untuk mendapatkan bantuan untuk melihat dengan lebih jelas... Beliau telah berjumpa dengan optometrist untuk membantunya tetapi optometrist berkenaan tidak membenarkan beliau memakai cermin mata dan mencadangkan pembedahan untuk membuang selaput mata berkenaan... Di kala beliau berfikir2 samaada untuk menjalani pembedahan atau tidak, terdengar penawar ajaib yang dikatakan dapat memulihkan penglihatan yang tidak jelas akibat selaput...Sudah tentu bunyi nya amat menarik bukan?


Dalam kes lelaki di atas, dengan izin Allah samaada dengan pembedahan atau memakai produk p.m dapat memulihkan penglihatan semula jika tiada masalah komplikasi di bahagian mata lain seperti retina dsb... Tetapi, adakah pihak p.m peka dengan permasalahan pelanggannya jika masalah2 yang di 'claim' boleh dipulihkan berada ditahap yang sama atau lebih teruk lagi? Adakah jika masalah masih wujud pesakit perlu lagi meneruskan pemakaian? Adakah agen2 pemasaran yang dilantik oleh p.H mampu menerangkan punca segala permasalahan mata ini dengan jelas? Menurut selidikan saya sendiri, kebanyakan pesakit yang mengadu penyakit mata yang dialami tidak pulih selepas penggunaan produk p.H amat berdegil sekali tidak mahu menjalankan pemeriksaan lanjut di hospital walaupun mata mereka mengalami komplikasi teruk akibat pemakaian produk p.H?


Kenapa hal ini berlaku? Apakah tindakan permata hijrah di sini? Ape yang saya harapkan pihak p.H hijrah berani untuk berkolaborasi dengan pihak pengamal perubatan untuk mebincangkan kesan sampingan dan kontraindikasi kepada produk meraka.... Jika ramuan yang digunakan mampu untuk memulihkan pelbagai penyakit mata, Alhamdulillah....kami dengan berbesar hati menerima produk ini sebagai salah satu alternatif dalam merawat pelbagai permasalahan berkenaan mata. Dan tidak menjadi satu yang pelik jika produk p.H ade dijual di farmasi dan juga di kedai2 ubat cina jika sudah terbukti dalam kajian ilmiah tentang keberkesanan produk ini....


Mungkin ada yang mempersoalkan sebagai contoh dalam konteks katarak tadi, 'kalau misal kata lalui pembedahan belum tentu boleh pulih penglihatan'. Yup...memang betul telahan di atas. Tetapi para pengamal perubatan boleh menerangkan dengan serba lengkap tentang mengapa perkara ini terjadi....Sebagai contoh walaupun telah dibuang selaput berkenaan, pesakit yang juga menghidapi retinopati diebetes pada masa yang sama beliau menghidapi katarak akan tetap tidak dapat melihat dengan jelas kerana bahagian retina pesakit terjejas akibat kesan kencing manis..... Biasanya pengamal perubatan akan memberitahu segala komplikasi akibat satu2 prosedur yang dilakukan serta memperingatkan pesakit akan hasil sesuatu prosedur yang dijalankan.... Walaupun begitu, tidak dinafikan juga ada juga pengamal perubatan yang tidak peka dengan etika ini... Itu semua adalah atas kelemahan kita sebagai manusia sendiri....harap2 aku tak menjadi seperti itu..:)


Tuan2 pembaca sekalian, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberikan notis penarikan semula produk p.H dari pasaran pada hujung 2009... Notis ini menyatakan sebab2 penarikan produk p.H beserta produk seumpamanya atas sebab musabab yang dinyatakan dalam keratan berita di bawah :





KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan menarik balik 27 produk kosmetik keluaran empat pengilang barang kosmetik tempatan daripada pasaran kerana menotifikasikan produk kosmetik di luar takrifan kosmetik.
Antara produk yang ditarik balik adalah toner mata Permata Hijrah Ainun keluaran Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa toner mata keluaran Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun toner mata keluaran Al-Jabbar Manufacturing Sdn Bhd dan Alkaline Theraphy Pearl Extract keluaran Permata Hijrah Resources.


Menurut satu kenyataan kementerian, produk-produk itu ditarik balik daripada pasaran kerana dinotifikasikan sebagai barangan kosmetik tetapi disalahgunakan apabila cara penggunaannya dengan menitiskannya ke dalam mata.


"Produk-produk yang digunakan dengan cara menitis ke dalam mata dan produk untuk dititiskan ke dalam hidung adalah di luar takrifan kosmetik dan sepatutnya dikawal sebagai produk farmaseutikal.


"Produk yang diklasifikasikan sebagai bahan kosmetik sama sekali tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan merawat sebaliknya ia hanya persediaan untuk digunakan pada anggota luaran tubuh badan seperti kulit, rambut, kuku, bibir, bagi tujuan mencantikkan, melindungi dan menghilangkan bau badan," katanya.


Katanya produk berkenaan sepatutnya dikilangkan di premis pengilangan bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan perlu mempunyai kelengkapan spesifik untuk mengeluarkan produk 'steril'.


Produk yang dinotifikasi sebagai kosmetik itu tidak memenuhi keperluan berkenaan, menurut kenyataan itu.


Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati semasa mendapatkan produk kosmetik di pasaran dan perlu lebih bijak memilih produk sesuai dengan mereka serta tidak terpengaruh dengan testimoni yang diiklankan pengeluar.


-- BERNAMA


p/s : Pihak p.H telah mengeluarkan produk baru yang berbentuk 'spray' untuk menggantikan produk yang diharamkan berbentuk ubat titis atau 'toner'. Pihak p.m juga memperkenalkan Permata Terapi iaitu alat pengurutan khas untuk mata yang boleh melegakan keletihan mata akibat bekerja sepanjang hari khususnya bagi mereka yang banyak menggunakan komputer....




Ingin aku nyatakan di sini, walaupun ekstrak mutiara yang digunakan tidak mendatangkan mudarat kepada kebanyakan bahagian tubuh melalui pelbagai kajian yang dilakukan, tetapi produk p.H ini diragui dari segi pembuatan dan pengilangan nya. Oleh kerana proses pengilangan yang tidak dalam keadaan 'steril' dikhuatiri cecair yang di paketkan boleh terkontaminasi dan akan membahayakan tubuh badan khusus nya mata. Pihak KKM juga amat ketat dalam memantau tahap lulus ubatan untuk dipasarkan kerana peka dengan nasib para pengguna.


Ubat, supplemen atau bahan kosmetik, p.m hijrah perlu la sedar terhadap kesan promosi besaran yang dilakukan... Mungkin juga pihak p.H perlu memantau sikap2 agen2 jualan mereka yang terlalu memberikan harapan tinggi kepada pelanggan mereka sehingga persepsi mereka tentang masalah mata yang mereka hadapi telah jauh terpesong sama sekali. Sentiasalah berlapik dalam memberikan penerangan disamping disulami perkataan 'InsyaAllah' yang sedia maklum sering digunakan oleh pihak p.H. Nasihatkan si pemakai untuk mendapatkan rujukan ke hospital jika ada ape2 masalah n jangan pula sebaliknya menasihatkan si pemakai untuk pergi ke Pengkalan Kubur, Kelantan!.


Tujuan aku menulis artikel hanyalah sebagai komentar aku yang mungkin dari perspektif berbeza. Bukan aku nak dengki ngan perniagaan orang atau jeles dengan kejayaan p.H, tetapi aku nak perbetulkan permasalahan yang timbul dalam masyarakat kita akibat persepsi2 silap akibat kewujudan produk p.H ini..... Aku amat alu2kan komen2 serta 'brainstorming' yang membina untuk kebaikan bersama....insyaAllah....




p/s : Siri artikel Permata Hijrah ni tamat setakat ini... Tapi kalau ada lagi aku nak tambah akan wujud V4 laks yer...Ape2 yang aku tulis kan disini lebih berasas logik yang simple jer... Individu bukan optometrist pun mampu menulis artikel ni bahkan mungkin lebih padat lagi...huhu....



adios....



'YOUR EYES COMPANION'

Setakat ni dulu komentar hari ni…klo sahabat-sahabat sekalian nak tau banyak lagi tentang mata ni bleh la tengok blog senior saya ni….truskemata.blogspot.com…ade linknye kat side sebalah kanan blog ni…k, moga2 Allah berkati komentar kta kali ni…

Wallahu’alam





0 comments:

Post a Comment