Pages

LETIHNYE KERJA…PANDUAN HARIAN WANITA BEKERJA…

LETIHNYE KERJA…PANDUAN HARIAN WANITA BEKERJA…


(gambar sekitar di  tempat kerja....HAyati optometrist)


Bekerja 6 hari seminggu memang letih…9.30pg sampai 6.30ptg…org lain sabtu ahad cuti tapi kite still bekerja…betullah kakak senior pernah bagitau, bila dah kerja ni awak akan rindukan suasana belajar…Dulu time belajar, asyik fikir bila la nak kerja,tak sabar nak tinggalkan nota-nota, tapi bila dah kerja rindukan pulak nota-nota dulu.Hmmm…itulah manusia…


TAPI, bila mengenangkan kerja ni adalah satu iBADAH, terpujuk jugak hati ni…Seharian di kedai, bermacam-macam karenah umat manusia yang kita kan jumpa…nak handle pelanggan ni kena gunakan kreativiti masing-masing….kalau selak nota kuliah pun tak kan dapat diterangkan cara nak handle pelanggan yang pelbagai ragam…silap hari bulan boleh dapat MIGRAIN…hehe. Rasanya situasi macam ni boleh tengok samada kat sektor swasta atau kerajaan..Tapi semua situasi ni akan mematangkan diri kita dari semas ke semasa.Jadi adik-adik yang masih belajar tu siap-siapkan lah diri anda ye…

Selak-selak buku, dapatlah beberapa tips untuk wanita yang bekerjaya…(pss…yang belum bekerjaya lagi pun boleh amalkan…insyaAllah BERKESAN..)



WANITA AMALKAN ETIKA KERJA YANG BAIK

Bila tersa tak bersemangat waktu kerja mngkin boleh tanamkan dalam diri serta amalkan perkara-perkara berikut:

1) Bersikap profesional=bersikap profesional di tempat kerja, arahan BOS yang baik, perlu didengar dan dituruti

2) Menolak rasuah=kalau boleh elakkan sangat rasuah samada dalam bentuk wang ringgit atau harta,nanti tak berkat dunia dan akhirat, gaji banyak pun rasa masih tak cukup

3) Tidak membodek=Bodek bukan cara baik pikat BOS.tawan hati bos dengan buat kerja berkualiti, bialah bos xnampak sekalipun asalkan kita IKHLAS

4) Komited pada kerja=Buat kerja sungguh-sungguh, tak bertangguh dan tak buat secara sambil lewa.

5) Jaga harta organisasi dengan baik=Harta syarikat jaga macamm harta sendiri, BUKAN harta syarikat buat macam harta sendiri

6) Sentiasa mahu jadi yang terbaik dan buat yang terbaik=Tanamkan dalam diri mahu jadi perkerja TERBAIK>>>

7) Tiba di pejabat pada waktunya=(ingatan untuk diri sendiri jugak).Sebaiknya tiba lebih awal di tempat kerja.Kalau ada masalah yang tak dapat dielakkan beritahu bos.JANGAN buat-buat ALASAN datang LEWAT

8) Tidak keluar dari pejabat sesuka hati=Beritahu bos kalau ada urusan di luar, jangan keluar masuk pejabat sesuka hati..

9) Sedar implikasi kalau buat kesalahan.=ketahuilah pihak syarikat mungkin akan mengenakan tindakan displin atau denda sekiranya datang lewat



Wanita selau digelar ratu air mata…pantang ditegur pasti menitiskan air mata.

KALAU STRESS DITEMPAT KERJA, BERIKUT TIPS MENGAWAL EMOSI:

1) Ingat Allah dengan beristighfar

2) Ambil wuduk bagi menyejukkan kembali emosi yang sedang PANAS…

3) Ubah kedudukan kerusi atau lari jauh daripada orang yang dimarahi

4) Duduk diam dan pejam mata buat sementara waktu, tarik nafas panjang-panjang

5) Lihat wajah dicermin…(Hodoh kalau tengah marah)…Senyum..

KITA PERLU HEBAT KAWAL EMOSI, BUKAN EMOSI HEBAT MENGAWAL DIRI KITA



Masalah yang selalu jugak di hadapi ketika ditempat kerja adalah rasa MENGANTUK….memang tak dapat dielakkan masalah…tambahan kalau bekerja macam saya.kalautakde pelanggan masuk, mata ni berat je rasanya…jadi, mungkin bleh guna pakai tips di bawah ni…

1) Kalau kita bekerja guna komputer, rehat sebentar selepas sejam guna komputer. Alih pandangan ke tempat lain…lagi bagus pandangan luar pejabat atau pokok-pokok hijau..Fakta: mata kurang berkelip bila kita tumpu pada komputer, jadi mata cepat kering dan cepat rasa letih dan mudah rasa mengantuk.warna hijau adalah warna alam yang dapat beri KEDAMAIAN.

2) DUDUK TEGAK DI bangku.Tariknafas sambil taha perut selama lima minit.Kemudian hembus nafas.Genggam jari-jari tangan dan buka.Berjalan-jalan di kawasan pejabat.Fakta: duduk lama di kerusi menyebabkan darah tak mengalir baik dan buat rsa mengantuk

3) Buat secawan kopi atau the untuk diminum..Kalau kawan sepejabat pun mengantuk buatkan untuk diorang sekali

4) Andai tips-tips ni tak membantu, lekaslah ke bilik air, basuh muka dengan air agar lebih SEGAR.

5) IDEA yang satu ni pun boleh pakai…Serampang dua mata, klau pejabat duduk dekat tingkat dua atau tiga, guna tangga untuk naik ke pejabat,elak guna lif.Latihan fizikal ni boleh lancarkan perjalanan darah ke otak.

6) Kalau semua tips ni tak menjadi, mata nak jugak terpejam, tidurla sekejap selama sepuluh minit untuk rehatkan minda. Jangan pulak lena samapai ke petang



OK…sampai sini dlu post kali ni….

Wallahu’alam

P/S; STUDENT pun bleh praktikkan jugak (SELAMAT BERAMAL)















0 comments:

Post a Comment