Pages

KAITAN DUA LIMA


Secara amnya, manusia yang di ciptakan oleh Allah swt di atas muka bumi ini akan menempuhi 5 alam di mana,tiada seorang pun yg akan terlepas daripada ke lima-lima alam ini. Lima alam yang disebutkan di atas adalah, alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.


Bermula dengan alam roh, setiap manusia di tiupkan roh masing-masing ketika berada di dalam alam ini dan telah ditentukan rezeki oleh Allah swt. Kemudian melangkah ke alam rahim di dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari. Di alam ini transformasi kejadian manusia daripada setitis air mani hinggalah terbentuknya jasad yang sempurna anggotanya. Subhanallah..Selepas itu, manusia menuju ke alam ketiga iaitu alam dunia yang penuh dengan dugaan. Di sinilah yang menentukan nasib manusia di alam yang seterusnya. Perhentian sementara manusia seperti seorang musafir yang berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya. Setelah itu, apabila sampai seruan daripada Ilahi, diperantarakan malaikat izrail, manusia dipanggil kembali ke alam barzakh, permulaan penentuan balasan amal ibadat yang dituai ketika alam dunia. Beruntunglah orang-orang yang beriman dan rugilah orang-orang yang kufur(Na’uzubillah hi min zalik).Akhir sekali, bumi di hancurkan, langit runtuh ,tiupan sangkakala bergema menandakan alam terakhir bagi manusia telah tiba iaitu alam akhirat (Semoga kita di selamatkan daripada suasana kucar-kacir alam akhirat yang dahsyat).Manusia dihimpunkan tanpa seurat benang dalam pelbagai rupa. Kelima-lima alam ini telah diaturkan oleh Allah swt yang Maha Bijaksana dan beruntunglah orang-orang yang berfikir dan mengambil iktibar daripadanya.

Apa kaitannya dengan solat 5 waktu yang telah dianugerahkan kepada Nabi junjungan kita pada malam isra’ mikraj? Mari kita lihat…Renung-renungkan dan selamat beramal…Alam roh bersamaan dengan solat subuh di mana permulaan solat dalam kehidupan seharian manusia. Solat subuh ditunaikan setelah manusia dibangkitkan dari mati yang sementara seumpama bermulanya penciptaan manusia di alam Roh. Solat Zuhur pula di umpamakan dengan alam rahim manusia. Perkataan zuhur atau zahir mengingatkan kita dengan penciptaan manusia di alam rahim ibu. Setelah itu, dikala manusia sibuk dengan urusan dunia masing-masing, solat asar dituntut untuk di laksanakan. Tuntutan solat asar umpama alam dunia manusia iaitu alam ketiga yang mesti ditempuhi oleh manusia yang dipanjangkan umur mereka oleh Allah. Surah al’ashr(103) = Asar, mengingatkan manusia sesungguhnya demi masa manusia dalm kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk ke benaran dan kesabaran. Menjelang senja manusia dituntut melaksanakan solat maghrib yang di analogikan dengan alam barzakh yang gelap tanpa cahaya kecuali orang-orang yang sentiasa mengamal dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Logiklah jika disunatkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran (mukjizat Nabi Muhammmad SAW yang masih kekal hingga sekarang)selepas solat maghrib. Selepas itu, manusia dituntut pula menunaikan solat isya’ berupa alam akhirat, alam terakhir manusia. Barangsiapa yang meninggalkan solat isya’ Allah tidak akan redha untuk tinggal di atas bumiNya. Apalah makna kehidupan manusia tanpa keredhaan Allah swt.

Sekadar ini dulu perkongsian kita pada hari ini. Moga kita menjadi manusia-manusia yang sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmatNYA..Wallahualam….

0 comments:

Post a Comment