Pages

peringatan buat diriku yang seringkali lupa...Huhu



Assalamualaikum...apa khabar sahabat-shabat semua? moga-moga semua daripada kita diberkati hidup oleh ALLAH...

Alhamdulillah, kebelakangan ni banyak hari-hari bersejarah yang berlaku dalam hidup..bila fikir-fikir balik pelbagai nikmat yang ALLAH bagi FREE...tapi diri ni tetap juga selalu Lupa dan lalai dengan nikmat 2...pagi ingat petang lupa...siang ingat malam lupa astaghfirullahal azim...

13 dan 14 november lepas abang dan kakak ipar selamat diijabkabul...erbina lagi sebuah keluarga muslim..InsyaALLAH..dimana salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan api menjadi kekuatan bagi umat nabi ADAM untuk melahirkan lebih ramai insan-insan yang bertaqwa di atas muka bumi ini...19 Nov pula kakak senior yang sama-sama musafir di negeri kedah ni dah selamat bergelar ISTERI orang..hehe..Tahniah diucapkan kepada kak hani dan ameer fizi...moga kalian sama-sam bahagia hingga ke syurga..

Yang bestnye bila berkawan dengan orang yang dah kawin macam kak hani ni macam-macam la tips yang diberi buat orang yang tak kawin lagi ni...isk..isk...isk... TQ@syukran kak hani untuk artikel yang dikongsi pada 11.45 malam semalam dalam sesi usrah sempoi kami (usrah UBM...bak kata suami kak hani)..hehe..sangat la zupppp ke dalam hati...suka...suka...

Jadi, ana nak la kongsi plak dengan sahabat-sahabat diluar sna...moga kita sama-sama beroleh manfaat dan iktibar darinya....INDAH betul ayat-ayat dalam artikel ni...Peringatan buat diriku yang seringkali LUPA>>>huk...huk..

Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.

Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.

Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.

Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Menolak sahabat ke dalam api, itu bukan namanya akung sahabat, walaupun sebelum menolak sahabat itu ke dalam api, sudah 1000 kali diucapkan: Ana saynag enta, sahabat ana.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.

Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.

Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.

Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.

Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.

Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.

Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.
Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?

Semestinya tidak.

Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.
Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya
Guruku, mudirku, Ustaz Dahlan Mohd Zain, pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya, Fiqh Sirah Nabawi pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz Dahlan mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz Dahlan, secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.

Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.

Oh ya, dan aku belum bernikah.

moga kita sama-sama diingatkan...wallahualam

UMAT ISLAM SEMAKIN LUPA UNTUK BERDOA...


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi... "umat Islam semakin lupa untuk berdoa". Topik yang dibincangkan oleh seorang ustaz yang hadir dalam kuliah Jumaat di Alor star 2 minngu lepas.. Syukur  kerana diizinkan oleh ALlah untuk bertemu dalam satu majlis dengan ulama ini..Al habib Saiyid Kazim Al_Sagoff..(ulama dari Yaman) Kebelakangan ni memang ramai ulama datang ke Kedah..Minggu lepas dalam kuliah yang sama Syeikh Ibrahim salah seorang keturunan dari Rasulullah hadir di dewan Mentaloon merasmikan maahad tahfiz darul Hadith Yayasan PAksi.... Moga negeri Kedah ni diberkahi oleh ALLAH..(even Bil air naik)...

RAJIN KEMBALI.....

Assalamualaikum wbt…



Lama benar rasanya jari jemari ini tidak menaip mengisi BLOG ni dengan artikel dan pengisian.. Kesibukan urusan pekerjaan membataskan waktu yang pastinya lebih sedikit berbanding urusan yang ada…Tapi kadang-kadang takde urusan, idea plak tak nak datang…Huhu…Moga kerajinan, idea dan masa yang datang dan ada hari ini dapat di manfaatkan untuk mewarnai blog kesayangan ini…

PENGALAMAN MANIS BERSAMA SHOUTUL HARAKAH...

        Assalamualaikum wbt…malam khamis lepas Alhamdulillah Allah hadirkan satu pengalaman yang best sepanjang setahun 2 bulan duduk kat Kedah ni…Pada mulanya memang tak expect yang program ni adalah konsert. Kami(saya, x-housemate, dan kak badariah) pergi dengan mind set bahawa program ni adalh ceramah berkaitan isu PALESTIN yang serius sekarang ni…Tup2 bila sampai kat dewan Kolej Universiti Insaniah 2, rupa-rupanya 80% dari program adalah konsert…Yang menambahkan best lagi konsert tu adalah KONSERT KUMPULAN SHOUTUL HARAKAH dari INDONESIA…GROUP ni memang terkanal dengan lagu-lagu yang memberi semangat…contohnye…ISLAMI YA QUDS, BINGKAI KEHIDUPAN, GELOMBANG KEADILAN n etc…



Program dimulakan dengan penyampaian kata-kata semangat dai YB Ir PAhrolrazi dan puisi kesat air mata Gaza…lepas 2 dewan terus bergema dengan lagu-lagu bersemangat dari KUMPULAN SHOUTUL HARAKAH…FIRST time bertemu dengan kumpulan ni…sebelum ni tengok kat video je…Actually bila ahli kumpulan ni masuk dewan ingat kan audio man @ crew sebab pakaian diorang memang sempoi jika nak dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan nasyid Malaysia…Tapi kualiti lagu memang tak dapat nak disangkal lagi…ADik-adik dari KUIN ni pun, memang bersemangat…Seronok bila tengok generasi-generasi muda ni terpikat dengan lagu-lagu ni…Harapnya semangat mereka tok ISLAM pun sama macam semnagat diorang bila dengar lagu-lagu SHOUTUL HARAKAH ni..walaupun hakikatnya lebih ramai generasi muda yang hadir dalam konsert MENTOR atau AF,,,KOnsert tamat jam 11.30 lebih..tapi memang PUAS…walaupun agenda asal dalam fikiran adalah lain…Terima Kasih ALLAH!!!!! Terima KAsih KEDAH!!!!!

KUIZ waNIta SejATi...JOM cuba

1.    Apa yang lebih anda gemari?
(a)warna
(b) bentuk @ corak
(c) bunyian

2. Apakah erti perkenalan @ pandangan kali pertama pada anda?
(a) tak seberapa
(b) ada juga
(c) sangat bererti

3. Apa yang anda inginkan dalam hidup?
(a) selesa & aman
(b) seseorang @ sesuatu yang boleh anda sayangi
(c) peluang untuk memuaskan diri anda

4. Secara amnya, anda lebih sukakan?
(a) makanan panas
(b) makanan sejuk
(c) makan di mana-mana saja
(d) makanan ringkas

5. Yang mana satu anda lebih suka lihat?
(a) anak kecil
(b) bayi
(c) orang tua
(d) orang biasa

6. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak lelaki?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

7. Bagi anda, mana lebih penting untuk anak perempuan?
(a) bapanya
(b) ibunya
(c) keturunannya
(d) pelajarannya

8. Adakah anda ingin?
(a) cantik
(b) menarik
(c) pandai
(d) mahir dalam serba-serbi

9. Kalau anda diberi peluang, anda mahu?
(a) balajar main golf
(b) mereka fesyen
(c) belajar bahasa asing
(d) membuat kerja kebajikan

10. Dalam perhubungan peribadi, anda percayakan?
(a) ada penerima dan pemberi
(b) kemesraan
(c) persahabatan
(d) peluang berkongsi kebahagiaan

MARKAH

1. (a) 10 (b) 7 (c) 5

2. (a) 3 (b) 8 (c) 10

3. (a) 6 (b) 10 (c) 5

4. (a) 10 (b) 7 (c) 4 (d) 2

5. (a) 9 (b) 10 (c) 8 (d) 6

6. (a)7 (b) 10 (c) 5 (d) 5

7. (a) 7 (b) 10 (c) 5 (d) 5

8. (a) 8 (b) 10 (c) 4 (d) 6

9. (a) 4 (b) 10 (c) 5 (d) 8

10. (a) 6 (b) 10 (c) 5 (d) 8

85-100

Sekiranya anda merasakan diri anda seorang wanita sejati, memang benar! Sesungguhnya anda adalah seorang wanita yang disanjungi, wanita dalam erti kata yang sebenar. Seorang ibu,isteri, teman, dan kawan yang penyayang.

55-84

Anda masih seorang wanita sejati dalam semua bidang. Jangan risau jika anda belum mencapai taraf wanita sejati yang sebenar. Semua orang tidak 100% sempurna, Apa yang anda lakukan dan rasa adalah lebih penting daripada markah!

45-54

Mungkin anda tiada potongan untuk menjadi seorang wanita sejati. Jika anda boleh menerima kenyataan ini, maka hidup anda tentu akan lebih bermakna.
Sahabiah yang dikasihi sekalian, berapa markah yang kalian dapat?!

Ujian di atas cuma untuk menilai diri dan mengenali diri kita dengan lebih dekat. Kadangkala kita selalu perhatikan orang sedangkan kita sendiri tidak kenal diri kita yang sebenar. Sesekali cubalah muhasabah diri dengan bertanya pada kawan yang rapat. Ingat! Sahabat sejati bukanlah seseorang yang selalu membenarkan kata-katamu, tetapi mereka yang selalu berkata benar kepadamu. Terimalah kebenaran.

Semoga beroleh manfaat dan dirahmati Allah.


KISAH PENDAKWAH DARI SABAH....

Siri pertama: JUMAAT YANG BERMAKNA>>>KISAH PENDAKWAH DARI SABAH>>>>



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah syukur kepada Allah jumaat semalam berpeluang untuk ke Menara Zakat seperti kebiasaan jumaat-jumaat yang lain…Alhamdulillah juga kuliah semalam berbeza dengan kuliah-kuliah sebelumnya n rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk berada dalam majlis tersebut…Kebetulan pulak nak ditakdirkan hari ni lepas ‘bank in’ duit dalam bank untuk mak, sampai awal plak dalam dewan menara zakat.. dapatlah seat dekat area depan sikit…hehe kebiasaannya seat belakang..

Kuliah semalam berakhir jam 12.oo tghri, tak seperti kebiasaan brmula jam 9 hingga 11 pg. Tp disebabkan ada 2 tetamu khas yang dibawa menyebabkan jumlah penceramah yang hadir adalah 3 orang…sorang ustaz 1 jam…tp 3 jam tersebut memang penuh makna isinya…

Terasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat isi-isi ceramah supaya kita sama-sama dapat manfaat dan ambil iktibar.

Isi ceramah 2 tetamu khas yang dibawa semalam boleh dikatakan memang menarik minat audiens yang sebelum tu agak layu n kuyu matanya…maklumlah yang hadir ramai suri rumah…mngkin agak letih dengan urusan di rumah.

        Tetamu khas yang pertama adalah Ustaz yang di bawa khas dari pedalaman SABAh.. Sedikit ta’ruf Ustaz ni..Panggilan ustaz ni adalah IMAM ALI JEUS AGUS…usia 48 tahun…Berbangsa Murut. Menariknya Ustaz ni merupakan bangsa murut yang pertama pandai membaca Al-Quran.Ustaz ni hadir ke Kedah untuk hantar anak beliau masuk ke UITM. Sementara sampai ke semenanjung ni beliau di panggil untuk berkongsi pengalaman beliau berdakwah di pedalaman SABAH.

         Ustaz lahir pada 1962, waktu tu sabah n Sarawak masih belum merdeka. Masyarakat pada waktu tu walaupun kebanyakannnya adalah muslim tapi hanya pada nama. Amalan masih terikat dengan adat..Anak-anak kecil tak dibenarkan untuk pergi ke kelas mengaji… dan pada waktu tersebut di kampung ustaz terdapat 1 masjid berbanding 70 gereja…3-5 orang pendakwah Islam berbanding 100 pendakyah kristian…Pada waktu tersebut juga kerajaan di sabah n Sarawak masih berkira-kira untuk menetapkan agama rasmi di sana kerana kewujudan pelbagai kepercayaan sehingga mereka mengeluarkan kenyataan agama rasmi akan ditentukan berdasarkan penganut agama mana yang paling banyak. Ustaz meneruskan pengajian di Kelantan sehingga usia 18 tahun di bawa oleh menteri pada waktu tersebut yang terkesan dengan kebolehan satu-satunya bangsa Murut yang boleh membaca Al-quran…Namun, dalam usaha beliau untuk menyambung pelajaran Al-quran di semenanjung yang mana pada waktu tersebut di beri nama MALAYSIA BARAT, beliau mendapat tentangan dari kedua ibu bapa yang tidak yakin dan tidak tahu menahu tentang MALAYSIA BARAT. Mereka menganggap ianya pasti penuh dengan budaya BARAT.

             Cabaran ustaz berdakwah di sana memang banyak jika nak di ceritakan dan ustaz memang kuat dan tabah, sehingga tahun 2010 lebih dari 7000 orang yang telah memeluk agama Islam di tangan ustaz dengan IZIN ALLAH swt. UStaz sanggup melepaskankan jawatan sebagai pegawai agama Islam sabah untuk terjun 100% ke dalam lapangan dakwah. Beliau kata senang tak payah nak mintak cuti untuk berdakwah yang tak kira masa. Walaupun pada hakikatnya sepanjang memegang jawatan sebagai pegawai agama beliau tidak dibenarkan untuk meminta pendapatan dari jawatan tersebut… APa kata Ustaz..”Saya tak kisah pasal pendapatan, asalkan saya boleh berdakwah atas tiket yang sah untuk orang-orang kampung saya..”

          Selepas melepaskan jawatan sebagai pegawai agama, pendapatan ustaz hanyalah pada hasil jualan minyak urut..Kadang-kadang ustaz diuji dengan kekurangan wang bila jualan minyak tidak memberansangkan, tayar kereta pancit menyebabkan 3 hari tidak pergi berdakwah, elektrik di rumah hampir-hampir dipotong kerana tertunggak.. Kereta proton yang dimiliki ustaz sepatutnya berusia lapan tahun, tapi selepas dua tahun dah meragam disebabkan keaadaan jalan yang tidak sempurna di sana berbanding di semenanjung..

             Namun rezeki dari Allah sentiasa ada, ustaz dikurniakan sahabat sejati iaitu ustaz Halim yang bersama-sama beliau sepanjang 4 tahun perkenalan mereka dalam misi dakwah di Sabah. Ustaz halim nilah yang banyak membantu ustaz dari segi kewangan. Masyarakat di sabah sekiranya lebih dari tiga hari tidak di follow up mungkin akidah mereka akan tergadai dengan dakyah kristian yang sangat-sangatlah aggresif di sana. Di sebabkan factor tersebutlah ustaz berusaha juga untuk bertemu dengan mad’u2 ni.. Terasa kerdil diri ini apabila dengar pengalaman ustaz berdakwah disana walhal diri ini sangat berasa selesa dengan kehidupan seharian.. Astaghfirullah hal azim…Moga-moga perkongsian ini membangkitkan semangat untuk terus berdakwah dan sentiasa qana’ah dengan apa yang ada. Tak hairanlah jika ada emel yang saya terima dari seorang sahabat sewaktu ketika dulu yang mengisahkan seorang pelajar IPTA tempatan yang mempunyai ciri-ciri mati syahid apabila meninggal ketika misi dakwahnya di Sarawak sewaktu cuti semester..beliau meninggal akibat lemas ketika menaiki bot untuk berdakwah ke pedalaman sarawak…Mungkin di lain kesempatan saya boleh attachkan emel tersebut untuk perkongsian bermanfaat kita bersama.



             KISAH CINTA ustaz juga memang menarik….Isteri yang dikahwini beliau merupakan anak kepada pembantu gereja pada masa tersebut..Beliau dengan gentleman nye telah meminta kepada pembantu gereja tersebut untuk mengahwini anak gadis nya.. Pembantu gereja tersebut memberi syarat supaya ustaz menyediakan RM 6000 untuk meperisterikan anaknya..walhal pada masa tersebut 6000 memang banyak dan tak mampu. yang ustaz ada hanya rm600.. Ustaz meminta restu dari ibu dan ayah beliau…Ayah ustaz cakap pergilah masuk meminang walaupun dengan rm600, selebihnya serah kepada Allah.. Perjalanan ustaz ke rumah bakal mertua beliau mengambil masa seminggu…3hari berjalan kaki dalam hutan selebihnya dengan menaiki bot melalui jalan air…MasyaAllah…demi “islam” bakal isterinya beliau sanggup…Sampai di rumah bakal isteri beliau, dengan izin Allah, bakal bapa mertuanya mengizinkan ustaz memperisterikan anaknya..TAPI dengan syarat TIDAK BOLEH sebut langsung pasal ISLAM di kampung tersebut….Ustaz cakap die bukan hanya sayang pada isteri beliau, TETAPI yang lebih die sayang adalah AKIDAH dan ISLAM bakal isterinya yang dah TERLANJUR masuk ISLAM…KEesokan harinya langsung ustaz menikah dengan isterinya… Indah betul CINTA ustaz dan ISTERI..Mereka dipertemukan dan bercinta demi ALLAH dan ISLAM..

              Apa yang saya sampaikan ni mungkin 1/10 dari pengalaman ustaz yang pernah di laluinya…memang kagum dengan kegigihan ustaz..Yang paling kagum dengan kebergantungan beliau dengan ALLAH swt..Tawakkal beliau memang patut di teladani…Diri ini memang jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan beliau…Harapnya kita sama-sama dapat ambil iktibar dari pengalaman dan kisah hidup ustaz…Mohon maaf jika jalan cerita yang di sampaikan oleh saya ni tak lengkap…coz nama kampung ustaz di pedalaman sabah sabah tu saya tak berapa ingat…Cuma ingat tempat ustaz pernah berkhidmat adalah di TEMPAWAN..

P/s: bersambung dalam siri kedua…ceramah dari tetamu khas kedua..Kisah yang lebih menyentuh kalbu dan menginsafkan diri…








“IMAN, KAMU CUTI KE HARI NI?”

Iman : Assalamualaikum

Diri: Waalaikummussalam. Oh Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak dating ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pula saya cuti bos. Saya kan di berikan cuti.

Diri : Oh ye, lupa. Itula, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurusdan keuntungan syarikat akan semakin bertambah dengan pengambilan Encik Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat TV berceramah hari tu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balaik jawatan saya dari Encik Nafsu?

Diri : Eh tak boleh.. Saya saying nak pecat Encik Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia Berjaya menghiburkan saya.

Iman : Kalau macam tu lebih baik saya berundur.

Diri : Eh, jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehillangan kamu berdua.

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalm satu syarikat. Perbezaan antara kami amat besar. Encik Nafsu tu saya tengok anti sangat dengan saya.

Diri : Saya serba salah la pula.

Iman : Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat Encik Nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu Encik Iman. Iri hati saya tengok syarikat ustaz dekat sebelah. Mereka boleh maju seba ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. Encik Iman saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan Solat, puasa, zikir, al-Quran dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat pilihan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO( Allah swt) sebagai muttaqin.

Pengajaran: Kitalah bos kepada diri kita sendiri. Kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita. Buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang boleh menyuburkan iman. Jangan ditendang keluar amaln solehdan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.

Sumber : Majalah solusi=)