Pages

MasyaAllah…dalam air pun boleh solat…


Gambar-gambar dibawah ini diambil dari seorang pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab saudi.

“These are the employees working in oil company in Saudi Arabia daily they have to work 4-5 hours in water inside sea during that if there is salah (namaz) time they pray in the water itself.”



“Why not…………

Rasool Muhammad Mosthafa (s.a.s) said

Salah (namaz)is the main difference between muslim and kafir.

And also he said…….

Biggest theft is theft of salah (namaz)”

Munavar.VP

Abudhabi.

U A E








Sesungguhnye kita boleh bandingkan sejauh mana keimanan kita dengan individu diatas. Betapa kita yang dipermudahkan oleh Allah untuk melaksanakan solat ditempat yang selesa, adakah kita dah melakukannya dengan khusyuk dan penuh rasa syukur…hmmm..renung-renungkan..di bawah ni terasa nak sambung sedikit perbincangan pasal solat ni. Selalu kita dengar solat tiang agama…Tp ape huraian yang kukuh tentang term tersebut masih samar. Jom kite tengok huraian kat bawah ni…

Solat cerminan ibadah Lima Rukun Islam…

Ibadah solat mengandungi ibadah lima rukun islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Islam ditegakkan atas lima sendi”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim, Sahih al-Bukhari:7, sahih muslim: 20, sunan at-Tarmizi:2534, sunan an-nasa’i:4915 dan musnad ahmad:4567.)

Lima rukun islam tersebut terdiri daripada SYAHADAH, SOLAT,PUASA, ZAKAT dan HAJI.

Kaitan kelima-lima ini dengan solat sehingga solat disebut sebagai tiang agama adalah seperti berikut:



1) SOLAT DAN SYAHADAH = dalam ibadah solat ada keharusan bertasyahud mengungkapkan kesaksian diatas keesaan ALLAH pada pertengahan dan akhir solat

2) SOLAT DAN HAJI = Haji beerti menuju Baitullah,maka solat diwajibkan menghadap kiblat

3) SOLAT DAN ZAKAT = Mengeluarkan zakat kerana ALLAH membuatkan harta berkurang. Demikian pula dengan solat, membuatkan waktu untuk perkara dan pekerjaan lain berkurang

4) SOLAT DAN PUASA = Orang yang berpuasa harus menahan diri daripada segala sesuatu yang membatalkan puasa.Demikian pula dengan solat, kita harus jaga diri daripada hal-hal yang membatalkan solat.

5) SOLAT DAN JIHAD = Para pejuang harus menghadapi kesukaran saat menghadapi musuh Islam. Demikian halnya apabila solat, harus berjuang menghadapi godaan syaitan.Sebab itu tempat solat disebut mihrab. Mihrab adalah tempat Harb (perang) melawan syaitan dengan menegakkan solat di dalamnya.

Sebab itulah ibadah solat disebut Tiang agama kerana mengandungi lima elemen utama ibadah Islam.

Wallahua’alam..

Sumber: Menyukat Solat diri; Misbah Em Majidy; Pandang sisi Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.



1 comments:

salam alaik ya muallimah..
wah bagus2..satu usaha yg bagus dan perlu diteruskan..semoga semangat sentiasa bertambah..

 

Post a Comment