Pages

UMAT ISLAM SEMAKIN LUPA UNTUK BERDOA...


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis lagi... "umat Islam semakin lupa untuk berdoa". Topik yang dibincangkan oleh seorang ustaz yang hadir dalam kuliah Jumaat di Alor star 2 minngu lepas.. Syukur  kerana diizinkan oleh ALlah untuk bertemu dalam satu majlis dengan ulama ini..Al habib Saiyid Kazim Al_Sagoff..(ulama dari Yaman) Kebelakangan ni memang ramai ulama datang ke Kedah..Minggu lepas dalam kuliah yang sama Syeikh Ibrahim salah seorang keturunan dari Rasulullah hadir di dewan Mentaloon merasmikan maahad tahfiz darul Hadith Yayasan PAksi.... Moga negeri Kedah ni diberkahi oleh ALLAH..(even Bil air naik)...


       Straight to the Point, hari ni nak kongsi berkaitan kelebihan dan keajaiban doa.. "Golongan Muslim mempunyai senjata agung yang telah dianugerahkan tetapi mereka seolah-olah lupa bahawa mereka sudah ada kurniaan daripada Allah iaitu dengan berdoa"...(petikan Al habib sayid Kazim)...Kadang-kadang kita susah sangat nak duduk sebentar selepas solat untuk berdoa sedangkan boleh duduk berjam-jam depan komputer main facebook atau depan tV..(hehe...yang menulis ni pun kadang-kadang ade gak buat)...Hebatnya doa hinggakan Allah menerima doa seekor semut yang memohon hujan turun di saat kaum nabi Musa di landa kemarau yang teruk...mungkin hadith-hadith yang saya ambil dari sebuah buku  (tak ingat plak nama buku tu...pinjam dari h/mate)...di bawah boleh menyuburkan lagi semangat kita untuk sentiasa berdoa pada EMPUNYA diri kita...


Rasulullah Bersabda
"ALlah itu Santun dan pemurah, Dia Segan pada HambaNya,
Sekiranya hambaNya mengangkat kedua-dua tangan dan memohon kepadaNYa,
Dia tidak akan membiarkan kedua-dua tangan itu kosong (tidak di kabulkan)

"Berwaspada pada takdir tidak akan menyelamatkan seseorang.
Namun berdoa untuk takdir yang sudah terjadi dan yang belum terjadi memberi anfaat.
Oleh itu, hendaklah kalian berdoa wahai hamba-hamba Allah.
(hadith riwayat al Tabrani, Ahmad daripada MUadz)

"Seorang Muslim berdoa, memohon kepada Allah,
dia tidak meminta sesuatu yang berdosa(di larang)dan tidak dlm keadaan memutuskan hubungan silaturrahim
Maka Allah memberikann salah satu daripada 3 kemungkinan
Yang pertama doa itu dikabulkan
Yang kedua doa itu akan disimpan oelh Allah untuk hari akhirat kelak dan
Yang ketiga Allah menjauhkan orang itu dari keburukan
(hadith dilaporkan oleh imam tirmidzi, Ahmad dan sahih a-jami')

"Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang berada dlam kesulitan,
apabila dia berdoa kepadaNya dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu
wahai (manusia) sebagai khalifah di bumi?
amatlah sedikit kamu mengingatinya..
Surah An-Naml ayat 62

'Dan Tuhanmu berpesan,
Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan kepadamu, sesungguhnya orang yang menyombongkan diridaripada menyembahku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina
(surah al mukmin, ayat 60)

Nabi Muhammad berkata:
" Sesungguhnya Jibrail diberi tugas bagi menguruskan segala keperluan anak Adam.
Sekiranya seorang hamba yang kafir berdoa, Allah Berkata kepada Jibrail,
"Hai Jibrail, Tunaikan keperluannya, sesungguhnya aku tidak suka mendengar permintaannya
Dan sekiranya seorang hamba mukmin berdoa, Allah berkata;
"hai Jibrail, jangan kau tunaikan dahulu keperluannya, kerana aku suka mendengar permohonannya'
(hadith laporan Ibnu an-Najah daripada Jabir)

"Siapakah yang pernah mengharapkan Aku menghalau kesulitannya lalu Aku kecewakan?
"Siapakah yang pernah mengharapkan AKu kerana dosa-dosanya yang besar, lalu aku putuskan harapannya?
"Siapakah pula yang pernah mengetuk pintuku tetapi tidak aku bukakan?
(hadith Qudsi)



Kesimpulannya, marilah kita berdoa wahai sahabat2 agar kita sentiasa berada dalam perhatiannya....Jangan lupa doakan untuk kesejahteraan orang lain jugak...ok, wallahualam...

0 comments:

Post a Comment