Pages

KISAH PENDAKWAH DARI SABAH....

Siri pertama: JUMAAT YANG BERMAKNA>>>KISAH PENDAKWAH DARI SABAH>>>>



Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah syukur kepada Allah jumaat semalam berpeluang untuk ke Menara Zakat seperti kebiasaan jumaat-jumaat yang lain…Alhamdulillah juga kuliah semalam berbeza dengan kuliah-kuliah sebelumnya n rasa bersyukur sangat sebab terpilih untuk berada dalam majlis tersebut…Kebetulan pulak nak ditakdirkan hari ni lepas ‘bank in’ duit dalam bank untuk mak, sampai awal plak dalam dewan menara zakat.. dapatlah seat dekat area depan sikit…hehe kebiasaannya seat belakang..

Kuliah semalam berakhir jam 12.oo tghri, tak seperti kebiasaan brmula jam 9 hingga 11 pg. Tp disebabkan ada 2 tetamu khas yang dibawa menyebabkan jumlah penceramah yang hadir adalah 3 orang…sorang ustaz 1 jam…tp 3 jam tersebut memang penuh makna isinya…

Terasa nak berkongsi dengan sahabat-sahabat isi-isi ceramah supaya kita sama-sama dapat manfaat dan ambil iktibar.

Isi ceramah 2 tetamu khas yang dibawa semalam boleh dikatakan memang menarik minat audiens yang sebelum tu agak layu n kuyu matanya…maklumlah yang hadir ramai suri rumah…mngkin agak letih dengan urusan di rumah.

        Tetamu khas yang pertama adalah Ustaz yang di bawa khas dari pedalaman SABAh.. Sedikit ta’ruf Ustaz ni..Panggilan ustaz ni adalah IMAM ALI JEUS AGUS…usia 48 tahun…Berbangsa Murut. Menariknya Ustaz ni merupakan bangsa murut yang pertama pandai membaca Al-Quran.Ustaz ni hadir ke Kedah untuk hantar anak beliau masuk ke UITM. Sementara sampai ke semenanjung ni beliau di panggil untuk berkongsi pengalaman beliau berdakwah di pedalaman SABAH.

         Ustaz lahir pada 1962, waktu tu sabah n Sarawak masih belum merdeka. Masyarakat pada waktu tu walaupun kebanyakannnya adalah muslim tapi hanya pada nama. Amalan masih terikat dengan adat..Anak-anak kecil tak dibenarkan untuk pergi ke kelas mengaji… dan pada waktu tersebut di kampung ustaz terdapat 1 masjid berbanding 70 gereja…3-5 orang pendakwah Islam berbanding 100 pendakyah kristian…Pada waktu tersebut juga kerajaan di sabah n Sarawak masih berkira-kira untuk menetapkan agama rasmi di sana kerana kewujudan pelbagai kepercayaan sehingga mereka mengeluarkan kenyataan agama rasmi akan ditentukan berdasarkan penganut agama mana yang paling banyak. Ustaz meneruskan pengajian di Kelantan sehingga usia 18 tahun di bawa oleh menteri pada waktu tersebut yang terkesan dengan kebolehan satu-satunya bangsa Murut yang boleh membaca Al-quran…Namun, dalam usaha beliau untuk menyambung pelajaran Al-quran di semenanjung yang mana pada waktu tersebut di beri nama MALAYSIA BARAT, beliau mendapat tentangan dari kedua ibu bapa yang tidak yakin dan tidak tahu menahu tentang MALAYSIA BARAT. Mereka menganggap ianya pasti penuh dengan budaya BARAT.

             Cabaran ustaz berdakwah di sana memang banyak jika nak di ceritakan dan ustaz memang kuat dan tabah, sehingga tahun 2010 lebih dari 7000 orang yang telah memeluk agama Islam di tangan ustaz dengan IZIN ALLAH swt. UStaz sanggup melepaskankan jawatan sebagai pegawai agama Islam sabah untuk terjun 100% ke dalam lapangan dakwah. Beliau kata senang tak payah nak mintak cuti untuk berdakwah yang tak kira masa. Walaupun pada hakikatnya sepanjang memegang jawatan sebagai pegawai agama beliau tidak dibenarkan untuk meminta pendapatan dari jawatan tersebut… APa kata Ustaz..”Saya tak kisah pasal pendapatan, asalkan saya boleh berdakwah atas tiket yang sah untuk orang-orang kampung saya..”

          Selepas melepaskan jawatan sebagai pegawai agama, pendapatan ustaz hanyalah pada hasil jualan minyak urut..Kadang-kadang ustaz diuji dengan kekurangan wang bila jualan minyak tidak memberansangkan, tayar kereta pancit menyebabkan 3 hari tidak pergi berdakwah, elektrik di rumah hampir-hampir dipotong kerana tertunggak.. Kereta proton yang dimiliki ustaz sepatutnya berusia lapan tahun, tapi selepas dua tahun dah meragam disebabkan keaadaan jalan yang tidak sempurna di sana berbanding di semenanjung..

             Namun rezeki dari Allah sentiasa ada, ustaz dikurniakan sahabat sejati iaitu ustaz Halim yang bersama-sama beliau sepanjang 4 tahun perkenalan mereka dalam misi dakwah di Sabah. Ustaz halim nilah yang banyak membantu ustaz dari segi kewangan. Masyarakat di sabah sekiranya lebih dari tiga hari tidak di follow up mungkin akidah mereka akan tergadai dengan dakyah kristian yang sangat-sangatlah aggresif di sana. Di sebabkan factor tersebutlah ustaz berusaha juga untuk bertemu dengan mad’u2 ni.. Terasa kerdil diri ini apabila dengar pengalaman ustaz berdakwah disana walhal diri ini sangat berasa selesa dengan kehidupan seharian.. Astaghfirullah hal azim…Moga-moga perkongsian ini membangkitkan semangat untuk terus berdakwah dan sentiasa qana’ah dengan apa yang ada. Tak hairanlah jika ada emel yang saya terima dari seorang sahabat sewaktu ketika dulu yang mengisahkan seorang pelajar IPTA tempatan yang mempunyai ciri-ciri mati syahid apabila meninggal ketika misi dakwahnya di Sarawak sewaktu cuti semester..beliau meninggal akibat lemas ketika menaiki bot untuk berdakwah ke pedalaman sarawak…Mungkin di lain kesempatan saya boleh attachkan emel tersebut untuk perkongsian bermanfaat kita bersama.



             KISAH CINTA ustaz juga memang menarik….Isteri yang dikahwini beliau merupakan anak kepada pembantu gereja pada masa tersebut..Beliau dengan gentleman nye telah meminta kepada pembantu gereja tersebut untuk mengahwini anak gadis nya.. Pembantu gereja tersebut memberi syarat supaya ustaz menyediakan RM 6000 untuk meperisterikan anaknya..walhal pada masa tersebut 6000 memang banyak dan tak mampu. yang ustaz ada hanya rm600.. Ustaz meminta restu dari ibu dan ayah beliau…Ayah ustaz cakap pergilah masuk meminang walaupun dengan rm600, selebihnya serah kepada Allah.. Perjalanan ustaz ke rumah bakal mertua beliau mengambil masa seminggu…3hari berjalan kaki dalam hutan selebihnya dengan menaiki bot melalui jalan air…MasyaAllah…demi “islam” bakal isterinya beliau sanggup…Sampai di rumah bakal isteri beliau, dengan izin Allah, bakal bapa mertuanya mengizinkan ustaz memperisterikan anaknya..TAPI dengan syarat TIDAK BOLEH sebut langsung pasal ISLAM di kampung tersebut….Ustaz cakap die bukan hanya sayang pada isteri beliau, TETAPI yang lebih die sayang adalah AKIDAH dan ISLAM bakal isterinya yang dah TERLANJUR masuk ISLAM…KEesokan harinya langsung ustaz menikah dengan isterinya… Indah betul CINTA ustaz dan ISTERI..Mereka dipertemukan dan bercinta demi ALLAH dan ISLAM..

              Apa yang saya sampaikan ni mungkin 1/10 dari pengalaman ustaz yang pernah di laluinya…memang kagum dengan kegigihan ustaz..Yang paling kagum dengan kebergantungan beliau dengan ALLAH swt..Tawakkal beliau memang patut di teladani…Diri ini memang jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan beliau…Harapnya kita sama-sama dapat ambil iktibar dari pengalaman dan kisah hidup ustaz…Mohon maaf jika jalan cerita yang di sampaikan oleh saya ni tak lengkap…coz nama kampung ustaz di pedalaman sabah sabah tu saya tak berapa ingat…Cuma ingat tempat ustaz pernah berkhidmat adalah di TEMPAWAN..

P/s: bersambung dalam siri kedua…ceramah dari tetamu khas kedua..Kisah yang lebih menyentuh kalbu dan menginsafkan diri…





0 comments:

Post a Comment